Punca-Punca Masalah Sosial dan Cara Mengatasi
Ini bukanlah yang terbaik - Sekadar panduan dan pencetus idea untuk semua calon SPM
Masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Semakin hari, masalah ini semakin berleluasa.
Nyatakan punca-punca timbulnya masalah sosial dan bagaimanakah kita boleh mengatasinya.
Pendahuluan:
Masalah
sosial dalam kalangan remaja masa kini makin berleluasa. Boleh
dikatakan setiap hari ada sahaja berita tentang masalah sosial remaja
dipaparkan di muka akhbar mahupun di kaca televisyen. Antara masalah
sosial remaja masa kini ialah merempit, ragut, curi motosikal, menagih
dadah dan pergaulan bebas.
Punca-Punca:
1. Pengaruh rakan
sebaya – tersalah pilih kawan – terjerumus dalam masalah sosial dengan
melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan memudaratkan diri – tidak
ada benteng ketahanan diri – berasa seronok berada dalam kelompok kawan
yang mampu memberi kegembiraan.
2. Pengaruh media massa – sama ada
media cetak atau media elektronik -dipaparkan dengan filem-filem atau
cerita-cerita ganas dan berunsur sex - filem dan bahan tidak bermoral
boleh didapati dengan mudah – remaja yang melihat akan terpengaruh,
meresap dalam diri dan cuba untuk melakukannya.
3. Masalah dalam
keluarga – pertengkaran ibu bapa, kurang kasih sayang, bebanan tugas –
remaja tertekan dan emosi terganggu – ambil jalan keluar dengan lari
dari rumah, mengikut kawan-kawan, mengambil dadah dan sebagainya –
sebagai usaha meredakan tekanan dalam diri.
4. Perasaan ingin mencuba
– jiwa remaja yang penuh dengan emosi sangat suka kepada sesuatu yang
baru – apabila melihat rakan dapat melakukan aksi / membuat sesuatu yang
menyeronokkan mereka akan terikut-ikut. Seperti aksi merempit, hubungan
sex dan sebagainya.
5. Kurang didikan agama – remaja hari ini kurang
menghayati didikan agama – mereka tidak takut kepada dosa – mereka
tidak takut kepada balasan hari akhirat – mereka lebih pentingkan
keseronokkan walaupun bertentang dengan nilai dan agama – masyarakat
pula mengamalkan budaya lihat dan pandang tetapi ada usaha menegur.
Cara Mengatasi
Memberi didikan agama dan moral yang secukupnya – anak mampu membenteng
diri mereka daripada pelbagai pengaruh – anak-anak akan berasa bersalah
melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama – secara
tidak langsung akan menolak gejala buruk yang datang kepada mereka.
2.
Ibu bapa memberi kasih sayang secukupnya kepada anak-anak – anak-anak
rasa diri mereka dihargai dan disayangi – mereka akan menjaga maruah
diri, maruah ibu bapa dan maruah keluarga – bak kata pepatah bagaimana
acuan begitulah kuihnya.
3. Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa –
tindakan terhadap media massa yang menyiarkan bahan atau filem berunsur
ganas dan sex yang boleh mempengaruhi jiwa remaja. Garis panduan yang
lebih telus dan jelas digubal untuk memastikan tiada filem atau bahan
yang boleh merosakkan jiwa remaja.
4. Menggubal dan meminda
undang-undang – tindakan lebih berat sebagai pengajaran kepada pihak
yang cuba mengekploitasi remaja untuk kepentingan diri – tindakan
terhadap remaja yang terlibat sebagai pengajaran kepada rakan-rakan
lain.
5. Mengadakan kempen kesedaran untuk remaja – mengingatkan
remaja tentang impak negatif atau kemudaratan yang akan mereka perolehi
jika terlibat dengan masalah sosial seperti penyakit, kecederaan,
kematian dan kemusnahan hidup.
Penutup :
Remaja adalah
pewaris bangsa. Pemuda adalah harapan bangsa dan pemudi ialah tiang
regara. Semua pihak harus memainkan peranan untuk mengurangkan masalah
sosial yang boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.
disediakan oleh:Nor Afiqah Bt Abd Rahim (2 Mei 2012)
titanium nitride coating and other products - Titanium Arts
ReplyDeleteTitanium Nitride titanium bolt coated material with titanium titanium septum ring oxide is micro touch hair trimmer also one titanium pans of the most popular titanium vs platinum and efficient materials for surface surfaces. It is the most