Limau nipis bukan
buah yang asing bagi kita. Dulu, ketika masih kanak-kanak, kita mungkin
biasa minum perahan limau nipis yang dicampur dengan kicap dan sedikit
garam untuk menyembuhkan batuk. Memang rasanya masam tapi batuk
beransur-ansur sembuh bukan? Atau jika hari panas, air limau nipis sejuk
menjadi penawar dahaga. Air limau nipis kononnya dapat mengeimbangkan
makanan berlemak. Sebenarnya masih banyak kegunaan buah limau nipis ini,
dari menghilangkan sembelit hingga menghindarkan kedut-kedut pada
wajah.
Limau nipis atau nama botaninya citrus aurantifolia. Kalau di barat
dipanggil lime, bangsa Sepanyol mengenali sebagai lima, sementara orang
Arab menyebutnya limah. Pohon limau nipis boleh mencapai ketinggian
hingga 4 meter, lebih pendek dari ‘saudara’nya limau purut. Buahnya
berbentuk bulat sebesar bola ping pong dengan kulit luar berwarna hijau,
setelah tua menjadi kuning. Seperti buahnya yang kecil, bunganya pun
berukuran kecil-kecil berwarna putih.
Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya, berperanan
pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan
unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan
racun-racun dalam tubuh. Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda
boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis
setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam
berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh
digantikan dengan limau biasa.
Kadang-kadang proses pembuangan toksin diikuti dengan keluarnya
gejala seperti kulit kering atau sakit kepala. Gejala ini berjalan
seiring dengan keluarnya racun dari tubuh dan keadaan ini adalah wajar.
Namun jika tidak yakin, anda mesti mendapatkan nasihat doktor. Selain
itu, disarankan agar tidak memakan limau nipis untuk membuang toksin
ketika tubuh tidak sihat kerana keadaan ini boleh memburukkan lagi
kesihatan anda.
Tingkat daya tahan tubuh . Menurut buku Food That Harm Food That
Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan
tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan
menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh.
Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk
membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk
memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.
Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru
yang parah, limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana
beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti
kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti diketahui, besi adalah suatu
antioksidan.
Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung. Ada
pun pospor memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan
beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan
ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk. Secara
tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk adalah cukup
dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap
di atas hirisan limau tersebut, lalu diperah ke dalam mulut. Penggunaan
kicap itu sendiri tidak jelas tujuannya.
Mungkin kicap digunakan untuk mengseimbangkan rasa masam yang sangat
kuat dari limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan
juga tidak setajam rasa manis pada gula yang boleh merangsang munculnya
batuk. Kombinasi semacam ini umum dijumpai pada ubat-ubat dijual di
kedai-kedai ubat Cina.
Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas
air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya
dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada
dahi pesakit.
Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah
tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan
memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga
menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung
perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga
untuk menyembuhkan
Selesema
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya
yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan
beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk
merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada
gigi dan mulut.
Bau ketiak yang tak sedap
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan
campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh.
Lakukan pagi dan petang.
build by nur hazwani
No comments:
Post a Comment