Kempen
antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini
sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana
berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan
kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja
yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan
paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan
sungguh menakutkan.
Kempen
antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media.
Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan
iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton
televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat
merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan
golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan
kadar perokok dapat dikurangkan.
Kempen
antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu
di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat
sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak
kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat
menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap
kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan
mengamalkan gaya hidup sihat.
Kempen
antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji.
Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan
mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.
Kesimpulannya,
semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat
yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif
ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.
Build by :sobehah bt hussien
No comments:
Post a Comment