Anda merasakan anda
sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali
akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda
kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa
fakta, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan
macam-macam lagi.
Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko
menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan.
Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak
di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:
Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai
muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa,
menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur
lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan
hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan
juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu,
amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya
ingatan kita berfungsi.
Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan
kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi
seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat
berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu,
kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran,
yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
Berhati-hati dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai
dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi
sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika
kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan
pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum
membeli makanan tambahan.
Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke
otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan
senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda
sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan
ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau
dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius
dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada
Tuhan.
Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu
seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya.
Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat,
konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru
misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau
menghadiri ceramah dan motivasi.
Permainan Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang
minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu,
teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan
Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan
pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat
sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh,
katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat
akan maklumat tersebut.
Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam
sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan
menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang
anda fikirkan.
Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati
nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan
angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
build by Nur Hazwani
No comments:
Post a Comment