Salah satu langkah
utama menangani kedatangan pendatang asing ialah mengehadkan
pergantungan kepada buruh asing. Bilangan mereka yang semakin besar kini
menimbulkan pelbagai masalah sosial dan keselamatan. Melalui kaedah
baru pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu mengikut
negara sumber yang diluluskan kerajaan, kita berharap selepas ini pihak
berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di
negara ini. Kita bukannya tidak mengenang jasa dan sumbangan tenaga
kerja asing dalam sektor pembinaan dan perkilangan serta beberapa sektor
perkhidmatan yang lain. Sebaliknya, mereka juga harus memahami bahawa
inilah strategi yang terpaksa dilaksanakan supaya selari dengan
keputusan kerajaan untuk mengurangkan jumlah pekerja asing dan mengawal
kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini. Dengan mengehadkan
penyertaan pekerja asing dalam sektor perladangan dan pembantu rumah, mudahlah
rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan segera ke
atas kehadiran rakyat asing yang tiada permit kerja dalam sektor-sektor
yang ditetapkan oleh kerajaan. Malah melalui dasar kerajaan yang kini
tidak membenarkan lagi anak-anak pekerja asing bersekolah di sekolah
kerajaan mungkin dapat menyedarkan pendatang asing bahawa masa sudah
tamat bagi mereka menikmati kemudahan yang sepatutnya untuk warganegara
ini sahaja. Jelasnya, pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja
asing perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
Tanggungjawab mereka adalah untuk mengingatkan para pekerja asing di
bawah jagaan mereka tentang sistem budaya bermasyarakat dan mematuhi
undang-undang negara ini kerana di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung.
Build by: Faraatikah
No comments:
Post a Comment