Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus mengambil makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang disyorkan oleh piramid makanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang membekalkan protein. Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang berkualiti sahaja.
Selain
pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah
dan melakukan senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya
kita jarang melakukan kerja berat. Dengan beriadah atau bersukan, kita
dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannya berfungsi dengan baik.
Di samping itu, kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan dan
mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam juga dapat melancarkan pengaliran
darah dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Pihak kerajaan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti sukan untuk
mencegah seseorang daripada menghidapi kencing manis, sakit jantung, dan
tekanan darah tinggi.
Akhirnya,
ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah
dengan mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang
digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus
berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil. Orang yang tidak
mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja
yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah
berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa
sekurang-kurangnya lapan jam sehari diperuntukkan untuk berehat dan
tidur amat perlu ditekankan.
Kesimpulannya,
kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan
pelbagai kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen “Rakyat
Sihat, Negara Maju.” Rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada
pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif. Justeru, setiap
rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri seperti kata
cogan kata mencegah lebih baik daripada merawat.
Buil by:sobehah bt hussien
No comments:
Post a Comment