Friday 30 March 2012

Josiah dan Fatehah Raja dan Ratu Keirin ACC

Pelumba  basikal elit negara ,Josiah Ng dan Fatehah Mustapa mencipta sejarah  apabila masing -masing merangkul emas acara keirin di  Kejohanan Berbasikal Asia ke-32 yang berlangsung di Velodrom Cheras, Kuala Lumpur pada 12 Februari lepas.
      Fatehah,23,mengukir sejarah sebagai pelumba wanita pertama negara menjadi juara ACC dengan memintas pelumba China,Xu Yulei(perak) dan pelumba Hong Kong,Lee Wei Sze di selekoh akhir.
      Bagi Josiah,31,kejayaan merangkul emas dalam acara keirin amat manis kerana ini adalah emas pertamanya di ACC dan berjaya dirangkul-nya di tanahair sendiri.
      Turut berkongsi kegembiraan ialah seorang lagi jaguh pecut negara,Azizulhasni Awang yang mendapat pingat perak,menjadikan kemenangan 1-2 untuk Malaysia.
      Skuad negara mendapat tempat kelima keseluruhan dengan pungutan tiga emas,enam perak dan enam gangsa.Satu lagi emas dimenangi oleh Mohd Edrus Yunos dalam acara 1 km ujian masa lelaki elit-dari Siti Hajar Farhana binti Mohamad Razif.                  

No comments:

Post a Comment