Thursday 1 March 2012

tentang makanan segera

Kini terdapat pelbagai makanan segera di pasaran sama ada dalam bentuk makanan segera di restoran ataupun yang dibungkus.Antara makanan segera yang popular ialah mi segera, makanan sejuk beku yang dijual di pasaraya hinggalah di restoran makanan segera,iaitu KFC dan PIZZA HUT.

   Kebanjiran makanan segera di pasaran, akibat permintaan yang memberangsangkaan  daripada pelanggan. Perkara seperti ini berlaku kerana gaya hidup masyarakat barat.Mereka turut menggagap gaya hidup ini sebagai simbol kemajuan.
   Di samping itu,makanan segera juga menjadi obsesi masyarakat kerana menjimatkan masa dalam kesibukan masa kerja seharian. kita tidak perlu menunggu lama untuk memasak makanan. Bagi mereka yang bekerja, masa dapat dijimatkan untuk memasak dan meraka dapat melakukan tugas lain yang dianggapa penting.
   Jelaslah di sini,makanan segera dapat memenuhi keperluan hidup masyarakat moden hari ini. Namun, makanan  ini tidak sihat untuk kesihatan jika dimakan secara kerana mengandungi garam dan kolestrol yang tinggi.                              
                                     
                     
                                                                                                                            salwa 

No comments:

Post a Comment