Friday 30 March 2012

Kerber Rangkul Gelaran Sulung

Bintang muda tenis wanita Jerman,Angeline Kerber mencatat sejarah tersendiri apabila merangkul gelaran dalam kejohanan tenis Woman Tennis Association buat kali pertama,apabila menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Paris pada 13 Februari lepas.
       Kejayaan itu dicapai apabila Kerber membenam cabaran pemain pilihan Perancis,Marion Bartoli,27,dengan keputusan 7-6,5-7,6-3 pada aksi final.
       Kerber,24 menjadi pemain wanita Jerman pertama menjuarai kejohanan tersebut selepas Steffi Graf melakukannya pada 1995.
       Dalam laluan ke final,Kerber turut mencipta kejutan dengan menewaskan pilihan ketiga Maria Sharapova dari Rusia pada aksi separuh akhir.
Tarikh:30-3-2012
Nama penulis:Siti Hajar Farhana binti Mohamad Razif

No comments:

Post a Comment