Saturday 31 March 2012

Cara Menulis Karangan Fakta/Rencana

karangan Jenis Fakta/Rencana Sekiranya anda memilih untuk membuat karangan jenis ini, pastikan ianya: ditulis dalam bentuk format biasa karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas. jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya fahamkan kehendak soalan. Contohnya karangan yang bertajuk ”Tuliskan apa yang kamu tahu tentang burung…. Karangan ini mungkin disalah tasirkan sebagai burung yang murid sukai atau burng peliharaan murid. pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk. senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya. setelah mengemukakan pengenalan, tulis bahagian isi pastikan anda dapat menyediakan 4 isi kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya. masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan. setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup. gunakan bahasa yang tepat, usah leret-leret. Rangka karangan Pendahuluan - Perenggan ke-2 - Perenggan ke-3 - Perenggan ke-4 - Penutup - ~Farrah Fazira

No comments:

Post a Comment