Sunday 17 June 2012

Kehidupan berkualiti

Dunia pengiklanan fcukup luas dan mencaba. Sering kali kita disogokan dengan kepelbagaian produk atau perkhidmatan yang ditawarka.Tidak dinafikan pengaruh iklan kepada pengguna,namun terdapat kebaikan yang diperoleh pengguna disebalik paparan iklan-iklan tersebut.
   Keghairahan dunia pengiklanan dalam memasarkan produk atau perkhidmatanmereka memeri peluang kepada pengguna untuk membuat pemilihan yang terbaik.Pengguna berhak memilih produk atau yang berkualiti, berbaloi dari segi harga agar lah membeli,menang memakai.
    Di samping itu,pengguna dapat mengetahui sebarang peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui ruangan iklaneka di khbar melalui radio dan televisyen. Mereka tidak perlu memajatkan tangga ke setiap syarikat untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan minat sendiri.
    Tuntasnya,iklan amat berguna kepada kita sebagai pengguna. Namun,kita perlu berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dengan daya kreativiti para pengiklanan untuk menarik pelanggan.

Monday 11 June 2012

Remaja lari dari rumah

      Pada masa kini kebanyakan remaja telah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Semasa remaja lari dari rumah ibu bapa terlalu merisaukan mereka kerana takut berlaku perkara-perkara yang negetif.

    Sebab remaja lari dari rumah kerana terpengaruh debgan teman lelaki dan rakan sebaya yang sosial dan mengikut perasaan hati .Di samping itu,masalah keluarga juga menyebabkan remaja melarikan diri dari rumah.

     Seterusnya kerana masalah keluarga dan remaja stress disebabkan pergaduhan antara ibu bapa. Hal ini remaja akan mersakan kekurangan kasih sayang dari ibu bapa dan disebabkan ibu bapa lalai dan mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa.
  
      Langkah mengatasi remaja lari dari rumah ialah dengan mengurangkan gejala sosial yang terlalu berlualasa. Kita juga mestilah  meluahkan segala peranan kita kepada kedua ibu bapa kita supaya tidak stressyang akan menyebabkan lari dari rumah.

        Langkah mengatasi remaja lari dari rumah ialah dengan mengurangkan gejala sosial yang terlalu berlualasa .
     
       Kesan remaja lari dari rumah ialah disebabkan terpengaruh kepada gejala sosial. Hal ini menyebabkan terllu mempercayai teman lelaki.

       Ibu bapa terlalu mementingkan pekerjaan dari mengabaikan keluarga. Anak tidak mendapat kasih sayang dan kurang mendapat perhatian dari ibu bapa.

      Kesimpulanya ibu bapa haruslah memberi kasih sayang kepada anak-anak dan memberi perhatian supaya anak-anak tidak mengikut rakan- rakan yang tidak elok.
    
 

















 

Sunday 29 April 2012

ya rasullulah

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.. 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang. 4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? 6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. 7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.... Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.' 8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. 9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan. 11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. 12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. 13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.' dipetik dari zharifalimin blog ~mori — with Handa Yanie.

Thursday 26 April 2012

Punca Dan Langkah Mengatasi Masalah Disiplin

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan? Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggung jawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi. Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu. Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya. Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar. Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjerumus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin. ............Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini. ............Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja terutama daripada pihak ahli politik. Begitu juga dengan pihak media massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik ini berulang kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata. disediakan oleh:Nor Afiqah Bt Abd Rahim (2 Mei 2012)

Kejadian Buli Dan Kesannya

..Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. ............Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini. ............Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri. ............Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka. ............Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain. ............Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini. ............Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini. ............Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. ............Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya. ............Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah. ............Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah. ............Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. .............Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. ............Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’. ............Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama. ............Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.~Farrah Fazira

Peranan Persatuan Pengguna

..Saban tahun kita kerap membaca berita mengenai pengguna yang tertipu akibat kerakusan peniaga. Hal ini berlaku kerana kejahilan pengguna sendiri yang tidak tahu peranan mereka sebagai pembeli. Keadaan ini menyebabkan kita terfikir apakah peranan persatuan pengguna dalam menangani masalah pengguna di negara ini.Sebenarnya, persatuan pengguna memainkan peranan penting untuk membantu pengguna mengatasi masalah penipuan oleh penjual. ............Isu kenaikan harga barang-barang mula mendapat perhatian media massa terutama selepas kerajaan memberikan kenaikan gaji kepada pekerja kerajaan. Hal ini bertambah parah apabila berlaku kenaikan harga minyak sehingga mengakibatkan penjual mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang dijual. Berita kenaikan harga barang mula dipaparkan dan pelbagai tindakan telah dilakukan terutama oleh kerajaan untuk membanterasnya. Ada yang berjaya dan ada juga yang hanya cakap-cakap angin sahaja. Cuma, kita tertanya-tanya mengenai peranan persatuan pengguna dalam kemelut yang semakin mencengkam rakyat ini. ............Dalam menangani situasi negatif ini persatuan pengguna perlulah menjelaskan dan menerangkan hak serta kepentingan pengguna dengan lebih mendalam. Persatuan pengguna boleh menjalankan kempen bagi menjelaskan betapa pentingnya pembeli berbelanja dengan bijak. Penerangan ini mampu menyedarkan sebilangan penngguna yang akan memastikan mereka hanya membeli keperluan yang penting dan bukan berbelanja mengikut kemahuan. Kempen penerangan ini seelok-eloknya dijalankan dalam kalangan pelajar terutama pelajar sekolah agar orang ramai terdidik tentang isu kepenggunaan sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini membolehkan kesannya dirasai dalam jangka panjang apabila masyarakat terdidik dengan ilmu-ilmu kepenggunaan. ............Tambahan pula, persatuan pengguna boleh mendedahkan kepincangan dan penipuan yang dilakukan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Nama-nama peniaga ini boleh didedahkan di dada akhbar atau di media massa yang lain untuk makluman orang ramai. Menyenaraikan nama peniaga yang tidak bertanggungjawab di akhbar pengguna dapat mengelakkan orang ramai daripada terus berbelanja di premis mereka dan secara tidak langsung akan membimbangkan peniaga daripada menipu orang ramai. Maklumat seperti ini mampu membantu pengguna untuk berbelanja dengan bijak kerana mereka sudah pasti tidak mahu ditipu oleh peniaga jenis ini. ............Selain itu, pengguna yang mempunyai masalah dengan peniaga setelah membeli produk atau barangan mereka boleh merujuk kepada persatuan pengguna. Kini, semakin banyak kes pengguna ditipu oleh peniaga tetapi pengguna tidak tahu tempat untuk mengadu. Antara kes penipuan peniaga termasuklah dari segi harga, kualiti, kandungan mahupun tarikh sah luput barangan yang dibeli malah barangan yang dijual sebenarnya indah khabar dari rupa. Justeru, kehadiran persatuan pengguna dalam memberi nasihat kepada pengguna untuk mengambil langkah susulan menangani masalah mereka amatlah besar kesannya. Keadaan ini boleh menyebabkan nasib pengguna terbela dan tidak terus ditekan oleh golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab. ............Tambahan pula, kewujudan persatuan pengguna memastikan adanya "pemerhati" senyap di antara pengguna dengan peniaga. Maksudnya, peniaga akan lebih berhati-hati sebelum cuba menipu pengguna kerana sedar setiap tindakan mereka akan dipantau oleh persatuan pengguna. Dalam masa yang sama pengguna pula berasa nasib mereka menerima pembelaan yang sewajarnya. Jadi, kewujudan persatuan pengguna akan memastikan keadaan pasaran sentiasa dalam keadaan baik kerana semua pihak sedar ada pihak ketiga yang memerhatikan keadaan pasaran ekonomi negara. ............Malahan, persatuan pengguna boleh menjalankan perniagaan mereka sendiri. Persatuan pengguna boleh menubuhkan koperasi atau syarikat yang mampu menjual produk kepada pengguna dengan harga yang lebih murah. Kemahiran persatuan pengguna dalam hal-hal meletakkan harga barang sudah pasti memudahkan mereka menjual produk tanpa masalah. Koperasi atau kedai ini boleh dijadikan satu rangkaian di seluruh negara untuk memudahkan masyarakat. Dengan adanya penglibatan persatuan pengguna dalam bidang perniagaan, pengguna berpeluang memperoleh sesuatu barangan keperluan dengan harga yang lebih rendah dan kompetatif. Pertandingan sihat antara persatuan pengguna dengan peniaga lain juga akan mewujudkan persaingan sihat yang bakal mengawal harga pada tahap yang sentiasa rendah. ............Ringkasnya, persatuan pengguna mempunyai tanggungjawab yang besar dan penting di negara ini. Kewujudannya telah menyebabkan kita sebagai pengguna berasa selamat dan peniaga pula lebih berhati-hati. Cuma sejauh manakah keberkesanan persatuan ini yang masih belum terjawab biarpun ramai pihak beranggapan bahawa badan bebas ini berfungsi sebagai payung untuk melindungi pengguna. Mungkin persatuan pengguna harus mencari jalan yang lebih berkesan untuk menyelesaikan kemelut yang melanda pengguna masa kini.~Farrah Fazira

Pinjaman Ceti Haram Dan Kesanya

.Kegiatan ceti haram sememangnya tidak asing lagi pada masa kini. Malah, kegiatan ini juga sering dikaitkan dengan unsur-unsur jenayah berat seperti pengedaran dadah, serta pil-pil khayal, sindiket pelacuran, dan pembunuhan. Kegiatan ini sekiranya tidak diatasi dengan segera, boleh mengundang padah bukan sahaja kepada masyarakat, bahkan juga kepada pembangunan negara. Kini, dalam era yang lebih moden, kegiatan ceti haram lebih terkenal dengan jolokan "along" dan kegiatan mereka kebiasaannya bertumpu di semua bandar di negara kita. ............Isu ceti haram boleh dilihat sebagai kegiatan sekumpulan manusia menjalankan urusan meminjamkan wang haram hasil curian, pengedaran dadah dan sebagainya kepada sesetengah masyarakat yang ‘terdesak’. Pinjamannya mudah diperoleh dengan cepat kerana tidak memerlukan cagaran, penjamin, serta tidak perlu mengikut prosedur tertentu, seperti mana di institusi kewangan yang lain. Hal ini menyebabkan sesetengah masyarakat tidak berfikir panjang untuk meminjam wang daripada ceti haram. ............Kesempitan hidup atau masalah beban kewangan juga turut menjadi faktor orang ramai meminjam daripada ceti haram. Hal ini dikaitkan juga dengan kos hidup yang tinggi, perbelanjaan yang melebihi pendapatan dan kerugian yang dihadapi dalam perniagaan. Tambahan pula, bagi mereka yang sememangnya berpendapatan kecil turut menganggap ceti haram sebagai jalan pintas untuk penyelesaian masalah kewangan mereka. Lantas, mereka bertindak dengan meminjam wang daripada ceti haram dan tidak memikirkan risiko yang bakal dihadapi kelak. ............Namun begitu, terdapat implikasi buruk daripada kegiatan ceti haram ini. Bagi ceti haram, mereka akan menjejaki si penghutang sehingga ke ‘lubang cacing’ dan akan memberikan amaran pertama, kedua dan seterusnya kepada si penghutang. Sekiranya si penghutang tidak mampu untuk melangsaikan hutangnya, maka ceti haram tidak akan teragak-agak untuk mencetuskan keganasan berupa penderaan dan juga pembunuhan. Malahan yang lebih menakutkan, ceti haram juga akan menjejaki keluarga si penghutang untuk dijadikan tebusan bagi mendapatkan semula wang mereka. Jika tidak pun, rumah mereka akan disimbah cat atau keluarga mereka dimaki hamun sebagai cara untuk memalukan si peminjam agar melangsaikan hutang mereka. Malangnya, tindakan ganas ini bagaimanapun masih tidak menyedarkan ramai pihak agar menjauhi ceti haram berkenaan. ............Bagi si penghutang, ancaman berterusan yang diterima daripada penceti haram menyebabkan mereka semakin tertekan dan bagi mereka yang lemah dari segi iman dan pendidikan, mereka akan mengambil jalan mudah dengan membunuh ahli keluarga sebelum bertindak membunuh diri sendiri supaya penceti haram tidak dapat menjejaki mereka sekeluarga. Apa tidaknya, bunga yang dikenakan oleh ceti haram bukanlah calang-calang tingginya. Pinjaman seribu dua mungkin boleh mencecah puluhan ribu dalam tempoh yang singkat sehingga menyebabkan si penghutang tidak mampu membayar hutang mereka. Hal seperti inilah yang sepatutnya menjadi perkiraan utama kepada orang ramai sebelum membuat keputusan untuk melibatkan diri dengan ceti terbabit. ............Intihanya, masyarakat hari ini hendaklah bersatu tenaga bersama-sama pihak berkuasa untuk menangani kegiatan jenayah ini daripada berleluasa. Hal ini perlu untuk menjaga keharmonian, keamanan dan kestabilan dalam negara. Pihak berkuasa perlulah bertindak tegas kepada ceti haram dan juga pihak yang membuat pinjaman kepada ceti haram berkenaan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai alternatif agar orang ramai meminjam daripada institusi kewangan yang diiktiraf seperti pihak bank. Jadi, tidak timbul isu mengapa kita tidak boleh melepaskan diri daripada cengkaman ceti haram demi mengatasi masalah kewangan kita.~Farrah Fazira

Bagaimana Menjadi Pengguna Bijak

.Keperluan membentuk kesedaran dalam kalangan para pengguna demi memantapkan ekonomi negara adalah satu agenda yang berkepentingan tinggi dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan suatu aliran “Pengguna Perkasa”. Jika pada suatu masa dahulu, penjual, pembekal atau pun pengilang boleh bertindak menaikkan harga sesuatu barangan di pasaran terutamanya apabila menjelang sesuatu musim perayaan mengikut suka hati mereka, hari ini dengan kesedaran dalam kalangan pengguna khususnya bahawa kekuatan sebenarnya berada dalam tangan pengguna sendiri, keadaan-keadaan seperti ini telah semakin berkurangan. Kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini, jika tidak dibendung dengan berkesan akhirnya akan membahayakan ekonomi negara dan akibatnya masyarakat juga yang akan menanggung rugi. ............Jika pengguna terasa ditipu dengan sesuatu produk, maka pengguna boleh bertindak memboikot barangan berkenaan. Tindakan ini akhirnya akan memberi kesan kewangan negatif kepada syarikat pembuat barangan berkenaan, dan ini akan memberi kesedaran kepada mereka tentang “kuasa pengguna”. Kesedaran dan keprihatinan ini perlu datang daripada para pengguna sendiri. Contohnya apabila kita membeli tepung sekampit yang ditulis berat bersihnya 1 kilogram, adalah wajar bagi kita menimbang semula kampit tepung berkenaan dan memastikan bahawa berat bersih produk berkenaan adalah benar-benar 1 kilogram. Sebagai pengguna prihatin, kita juga perlu mengambil tahu dengan lebih teliti tentang barangan yang kita beli. Apakah ramuannya? Adakah bahan pewarna yang digunakan menepati syarat-syarat kesihatan pengguna seperti yang telah di tetapkan oleh kerajaan? Adakah produk berkenaan mengandungi MSG? Adakah produk itu benar-benar berstatus halal? Adakah harga jualannya menepati harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan? Ketika membeli belah, berapa ramaikah yang akan membelek-belek dan membaca setiap satu pek atau tin barangan yang hendak dibeli dan membuat perbandingan harga setiap produk yang dibeli? Isu-isu sebeginilah yang perlu menjadi perhatian para pengguna hari ini. ............Fenomena kenaikan harga barangan keperluan ini bukanlah suatu masalah yang cuma berlaku di Malaysia sahaja, malahan telah menjadi suatu permasalahan global hari ini. Pada Oktober 2007, rakyat Itali telah memboikot keluarangan barang-barang “pasta” apabila harga makanan ini naik melebihi 20 peratus dalam masa seminggu. Hasil daripada tindakan ini pengeluar “Pasta” terpaksa akur kepada sentimen “kuasa pengguna” Itali, dan menurunkan semula kadar harga barangan berkenaan. Mekanisma penyebab pada kenaikan harga barangan sememangnya berhubung rapat antara satu sama lain. Contohnya di Mexico, apabila permintaan meningkat untuk minyak bio-diesel yang dipanggil “Ethanol” yang dihasilkan daripada jagung, maka harga jagung di pasaran terus melambung dan ini menyebabkan timbulnya masalah bekalan jagung kepada penternak lembu tenusu yang juga memerlukan jagung sebagai makanan utama untuk haiwan ternakan mereka. Ekoran ini harga susu, keju, dan mentega pula turut naik di pasaran Mexico. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Pertanian dan Pemakanan Sedunia yang beribu pejabat di Brussels, harga pasaran makanan sedunia pada hari ini naik sebanyak 70 peratus berbanding dengan harga pada tahun 2000. Jadi sebagai pengguna yang bijak, mereka perlu bertindak dengan menggunakan "kuasa pembeli" mereka. ............Hakikatnya pada hari ini, dengan meningkatnya taraf hidup bagi penduduk-penduduk di negara-negara membangun dunia yang besar seperti China dan India, maka permintaan dunia untuk barangan seperti gandum, beras, minyak masak dan bahan-bahan keperluan asas kehidupan yang lain akan terus juga meningkat. Faktor lonjakan harga minyak dunia juga bererti bahawa kos dalam proses pembuatan serta penghantaran akan terus meningkat dan ini akan menyumbang pada peningkatan harga barangan di pasaran. Faktor cuaca juga memainkan peranan yang penting bagi sektor penanaman sedunia. Permintaan bahan mentah seperti jagung, gandum dan lain-lain lagi untuk diproseskan menjadi bio-fuel atau ethanol adalah juga merupakan faktor penyumbang kepada kestabilan harga barangan pasaran. ............Manusia memerlukan tiga perkara asas untuk kehidupan iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Akibat krisis bekalan makanan yang gagal dikawal, akan membawa kepada kemelut kenaikan harga bekalan makanan di pasaran dan ini akan akhirnya menyebabkan berlakunya inflasi pada ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, pemantauan dan usaha berterusan perlu diperhebatkan lagi dalam usaha untuk menangani apa-apa jua krisis bersangkutan yang berkemungkinan akan timbul pada masa depan. Kita sebagai pengguna yang bijak adalah agen pemerhati harga barangan di pasaran yang paling efektif untuk membantu pihak kerajaan memantau pergerakan harga-harga pasaran. Selain itu, akta undang-undang perlindungan pengguna yang membawa kepada hukuman yang lebih drastik mestilah terus digubal demi untuk perlindungan jangka panjang kepada pengguna. ............Kementerian yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menjaga hal ehwal pengguna ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh kementerian terbabit demi memastikan kebajikan pengguna benar-benar terjamin. Antara langkah-langkah berikut adalah dengan menubuhkan Stok Penimbal Kebangsaan serta Penubuhan Majlis Harga Negara. Kerajaan juga turut mengenakan larangan membawa keluar barangan kawalan dari Malaysia serta memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pengguna tentang hak-hak mereka melalui penggubalan rang undang-undang “Akta Perlindungan Pengguna 1999” dan penubuhan Mahkamah Tribunal Pengguna. Pada masa yang sama, kerajaan juga menggerakkan sektor pertanian negara secara aggresif sebagai langkah membangunkan Sarawak sebagai “Negeri Jelapang Padi Kedua Negara”. ............Tindakan-tindakan ini telah berjaya mengawal kestabilan harga barangan di pasaran dan juga dengan bantuan padu beberapa agensi berwajib yang lain, telah dapat mengurangkan kadar aktiviti penyeludupan bahan makanan ke negara jiran. Hasil daripada pemantauan berterusan dan beberapa lagi langkah susulan proaktif kerajaan, kebajikan dan kesejahteraan kita sebagai pengguna telah dapat dimantapkan lagi. Dengan terlaksananya perubahan-perubahan kritikal ini, telah dapat membantu untuk memangkinkan lagi ekonomi negara. Justeru marilah kita sebagai pengguna bersama-sama memupuk kesedaran tentang hak-hak kita, langsung menjalankan tanggungjawab sosial kita dan juga memartabatkan diri kita sebagai “Pengguna Bestari”.~Farrah Fazira

Amalan Berjimat Cermat

....Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat. ............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan. ............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang. ............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin. ...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena. ............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.~Farrah Fazira

Sunday 15 April 2012

Faedah Doa Ibu untuk Anaknya

Ibu dab bapa perlu memahami,setiap anak tanpa mengira di mana dan bagaimana keadaannya,menganggap ibunya adalah istimewa.Sekurang-kurangnya setiap anak memahami,dehaka kepada orang tua menyebabkan kemurkaan Allah.Sebaliknya apabila seorang anak membahagiakan orang tuanya,Allah menurunkan rahmatkepadanya.Perasaan itu tertanam dalam diri setiap anak dan ia adalah fitrah semua manusia di dunia ini.Samalah seperti fitrah seorang ibu yang menyayangi anak-anaknya.Kita dapat melihat perasaan fitrah itu dalam kisah Nabi Yaakob yang disebut di dalam Quran iaitu dalam Surah Yusuf,ayat 97 hingga 98 seperti berikut:"Mereka berkata,'Wahai ayah kami,memohonkanlah keampunan untuk kami atas dosa-dosa kami.Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berdosa.'Yaakob berkata,'Aku memohonkan ampun untukmu daripada Tuhanku.Sesungguhnya dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang.'"(Surah Yusuf,ayat 97-98).Anak-anak Nabi Yaakob menderhaka kepadanya,kepada Allah dan juga kepada Yusuf,saudara tiri mereka.Mereka menipu Nabi Yaakob dengan mengatakan Yusuf mati dimakan oleh serigala sedangkan itu bukanlah apa yang sebenarnya berlaku.Jelas,berdusta adalah suatu dosa.Akhirnya mereka menyedari kesalahan mereka dan mengaku di hadapan Nabi Yaakob dan Yusuf.Mereka memohon Nabi Yaakob memaafkan mereka dan memohonkan keampunan daripada Allah.Allah menyebutkan kisah itu di dalam Quran bukan sekadar sebagai suatu kisah berkenaan keluarga Nabi Yaakob.Ia adalah suatu pengajaran kerana hal seperti itu pasti terus berlaku pada manusia.Dalam kisah di atas,kita melihat bagaimna anak-anak Nabi Yaakob secara fitrah mengharapkan orang tua mereka membantu mereka bagi memperoleh kebaikan dan kebahagiaan di dunia serta akhirat.Sesungguhnya,begitulah fitrah yang terkandung dalam diri setiap manusia.>WRITEN BY NOR AFIQAH..

Rahsia Dahsyatnya Doa

Mungkin ada antara kita yang menganggap doa itu remeh,padahal doa memiliki potensi yang besar bagi mengubah segala-galanya.Ia mampu mengubah sesuatu yang tidak munngkin,menjadi mungkin.Berdoa kepada Allah bererti meminta sesuatu daripadanya kerana Allah yang memiliki segala-galanya.Apabila Allah berkenan mengabulkan sesuatu doa,segalanya menjadi mudah seperti membalikkan tapak tangan.Allah maha berkuasa mengabulkan doa sesiapa sahaja yang memohon daripadanya,di mana sahaja dan pada bila-bila masa.Oleh sebab itu percayalah,doa itu pasti mgemberikan manfaat bagi sesiapa sahaja.Orang yang berdoa tidak pernah rugi.Malah,doa itu dapat mewujudkan sesuatu yang luar biasa.Apakah rahsia doa? Kita dapat memahaminya apabila kita mengetahui terlebih dahulu apakah manfaat doa.Antara manfaat doa adalah seperti berikut ialah yang pertama ialah Doa itu ibadah kerana ia adalah perintah Allah.Yang kedua ialah Doa adalah intipati ibadah.Ibadah yang tidak diiringi doa umpama buah tanpa isi.Yang ketiga ialah Doa itu mulia di sisi Allah kerana ia menunjukkan sifat hamba dalamdiri manusia.Yang keempat ialah Doa dapat mengubah takdir yang buruk menjadi baik apabila Allah berkenan mengubahnya.Yang kelima ialah Doa adalah senjata yang ampuh ataupun mujarab bagi orang yang beriman.Lima keistimewaan doa di atas dapat mewujudkan kedahsyatan ataupun keajaiban doa.Apalagi apabila doa itu diucapkan oleh orang tertentu yang menjadikan doa itu cepat terkabul.Doa seperti itu terus menembus langit dan sampai ke Arasy.Maksudnya,Allah dengan segera mengabulkannya.Dalam Quran,kita dapat melihat keajaiban doa seperti iaitu doa para nabi dan orang yang soleh,doa orang tua untuk anaknya dan doa orang yang teraniaya.>WRITEN BY LAILATUL UMAIRAH<

Mereka yang terpelanting dari Titian Sirat

"Ahli syurga masuk syurga dan ahli neraka masuk neraka.Kemudian,Allah berkata,'keluarkan daripada neraka sesiapa sahaja yang di dalamnya terdapat keimanan,walau hanya seberat sebiji sawi.'Oleh yang demikian,mereka dikeluarkan daripada neraka dalam keadaan hitam pekat.Kemudian,mereka diletakkan ke dalam nahrul hayyah sehingga mereka tumbuh sebagaimana benih di tanah yang tergenang air.Tidak engkau berpendapat biji itu muncul kekuningan-kuningan dan berseri-seri?"Hadis ini direkodkan oleh al-Bukhari,Muslim,dan an-Nasai.Dalam bab-bab sebelum ini,kita selesai membincangkan keadaan orang Mukmin yang terpelanting daripada titian sirat.Dalam bab ini,kita membahaskan nasib mereka selepas terjatuh ke dalam neraka.Sekiranya kaki-kaki mereka tergilincir daripada titian sirat,sudah pasti mereka masuk ke neraka.Tidak ada seorang pun yang terpelanting daripada titian sirat tetapi tidak jatuh ke dalam neraka.Oleh yang demikian,bagaimana nasib mereka seterusnya?~WRITEN BY NURUL SYAZWINA.

Saturday 14 April 2012

Peristiwa menarik semasa kelahiran Nabi Muhammad

Pada subuh hari kelahirannya,keadaan Makkah dan sekelilingnya ketika itu berada di dalam keadaan damai dan menenangkan jiwa.Angin yang bertiup sepoi-sepoi,keadaan alam ketika itu seolah-olah menyambut ketibaan tetamu agung yang tidak pernah dirasai oleh penduduk Makkah sebelum ini.Kelahiran bayiini disambut dengan sukacita oleh keluarga Bani Hasyim.Di negeri Parsi,kelahiran Muhammad bin Abdullah memadamkan api-api keramat kaum majusi di kuil-kuil yang selama seribu tahun tidak terpadam semenjak dihidupkan.Kelahiran Muhammad S.A.W juga menggoyangkan tiang-tiang utama istana Qisra Rumawi dan menyebabkan menaranya roboh.Muhammad S.A.W lahir dengan membawa panji-panji risalah terakhir dari Allah S.W.T untuk umat manusia.Kita ketahui dari sejarah dan hadis bahawa ketika Nabi Muhaammad S.A.W lahir,dinding-dinding istana Qisra retak dan menaranya roboh.Api di kuil-kuil penyembahan Parsi padam.Berhala-berhala yang memenuhi pelantaran Kaabah retak dan bergoncangan.Cahaya dari tubuh Muhammad S.A.W memancar naik ke langit dan menerangi semua tempat yang dilaluinya.Anusyirrwan dan pendeta-pendata mendapat mimpi yang menakutkan.Ketika lahir,nabi kecil itu telah tersunat dan tali pusatnya p[un sudah terpotong.Ketika lahir ke dunia,beliau berkata,"Allahu Akbar,Alhamdulillah.Dialah Allah yang harus disembah siang dan malam."Peristiwa yang mengawal kelahiran setiap nabi tidak ada yang terjadi secara kebetulan.Semua peritiwa itu berada dalam realiti dan perencanaan Allah S.W.T,khususnya yang berkenaan dengan kelahiran Muhammad S.A.W baik dalam kitab Taurat mahupun Injil.Allah S.W.T berfirman di dalam al-Quran"Dan ingatlah ketika Isa putera Maryam berkata,"Hai Bani Israel,sesungguhnya aku adalah utusan Allah padamu,membenarkan apa yang sebelumnya dari Taurat pemberi khabar gembira dengan seorang rasul yang akan datang sesudahku namanya Ahmad."Maka tatkala dia datang kepada mereka dengan keterangan-keterangan,mereka berkata,"Ini adalah sihir yang nyata."`~writen by NURUL SYAZWINA.

Friday 13 April 2012

MUNCULNYA DAJJAL

Antara fitnah terbesar pada zaman menjelang terjadinya kiamat adalah kemunculan Dajjal yang menjadi sumber kekufuran,kesesatan dan fitnah.Oleh sebab itu tidak hairanlah apabila para nabi memperingatkan kaum mereka supaya berhati-hati dengan fitnah Dajjal.Nabi mengkhabarkan kepada kita,"Tidak ada seorang nabi pun yang diutus,kecuali bagi mengingatkan umat mereka tentang seorang pendusta.Ketahuilah yang matanya buta sebelah,sedangkan tuhan kalian tidak buta sebelah dan diantara dua matanya tertulis perkataan 'kafir'." (Direkodkan oleh al-Hakim) Disebabkan fitnah Dajjal itu sangat dahsyat,Nabi Muhammad mengajar kita bagaimana hendak berlindung daripada Dajjal dalam setiap sembahyang.Imran bin Hushain memberitahu yang dia mendengar Nabi Muhammad berkata,"Sejak penciptaan Adam sampailah hari kiamat nanti,tidak ada satu ujian pun yang lebih dahsyat daripada Dajjal." (Direkodkan oleh Muslim) Nabi Muhammad tidak hanya mengingatkan umatnya supaya berhati-hati dengan fitnah Dajjal,tetapi turut memberitahu ciri-ciri Dajjal secara jelas.Dengan itu umat islam dapat mengecamnya dan tidak tertipu olehnya. Siapakah yang dimaksudkan sebagai Dajjal?Mengapa dinamakan Dajjal?Bagaimana sifatnya? Siapa pengikutnya ? Semua akan dihuraikan dalam perenggan-perenggan berikut ini .

SANGGUP TERJUN KE DALAM NERAKA

Friday, 13 april 2012 "Ada di kalangan manusia yang memohon kepada Allah supaya segala rahsia keburukan diri mereka tidak didedahkan di khalayak ramai" ADI BIN HATIM R.A meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah S.A.W.Katanya,baginda bersabda yang bermaksud: "Tidak ada seorangt pun antara manusia di akhirat kelak kecuali dia akan berhadapan dengan Allah S.W.T.Antara manusia dan tuhan tidak ada jurubahasa (tidak ada pegawai protokol)." H.R Muslim Pertemuan dengan Allah S.W.T.di akhirat kelak adalah suatu yang pasti,meskipun pertemuan itu dengan berbagai-bagai cara.Mukmin yang soleh bukan sekadar bertemu dengan Allah S.W.T,malah dapat menatap wajah Tuhan yang maha Agung,setelah mereka dapat melakukan sujud di hadapan Allah di akhirat kelak. Tentang menatap wajah Allah S.W.T sebagai anugerah Tuhan kepada hamba-Nya yang mukmin dan muttaqin itu,telah dihuraikan dalam beberapa kitab terdahulu.Golongan mukmin yang 'ashi tetap bertemu Allah S.W.T,namun mereka tidak dapat menatap wajah Tuhan yang Maha Agung itu.Sekiranya golongan mukmin yang 'ashi ini tidak dapat menatap wajah Tuhan,maka lebih-lebih lagi golongan yang kufur terhadap Allah S.W.T. Walau bagaimanapun mereka pasti bertemu Allah S.W.T,malah pertemuan itu tanpa jurubahasa ataupun perantara.Yang dikatakan bertemu Allah itu ialah mereka pasti berhadapan dengan mahkamah Allah S.W.T.Di mahkamah Qadhi Rabbul Jalil itu tidak memerlukan bantuan malaikat bagi menjalankan tugas pendakwaan,serta tidak memerlukan jurubahasa bagi menterjemahkan segala perbuatan keji dan kemungkaran yang manusia lakukan. Segala urusan sejak daripada pendedahan segala rahsia perbuatan jahat dan keji mereka,sehingga penyerahan segala catatan akan dilakukan oleh Allah S.W.T sendiri .Rasulullah S.A.W menjelaskan dalam hadisnya bahawa setiap hamba pasti berdepan dengan Allah S.W.Tdi akhirat kelak tanpa sebarang dan jurubahasa. Dalam hadis yang lain ,Rasulullah S.A.W menjelaskan mengenai hari pendedahan yang akan dilakukan oleh Allah S.W.T terhadap hamba-Nya di akhirat kelak,sehingga ada di kalangan manusia yang memohon kepada Allah supaya segala rahsia keburukan diri mereka tidak didedahkan di khalayak ramai dan tidak juga didedahkan di hadapan Allah.Mereka juga tidak sanggup menannggug malu yang amat sangat. Sesetengah mereka menganggap lebih baik mereka dicampakkanterus ke dalam neraka,asalkan tidak didedahkan segala perbuatan mereka yang keji dan hodoh.Rasa malu yang tidak tertanggung bakal rasai,apabila keaiban dirinya menjadi tontonab orang ramai yang berada di padang Mahsyar itu. Malu bagi sesetengah manusia adalah suatu perkara yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.Sebab itu ada manusia yang disebabkan merasa malu kerana keburukannya terbongkar,mereka sanggup lari malam meninggalkan kampung halaman secara senyap-senyap.Yang lebih dahsyat lagi ada yang sanggup membunuh diri semata-mata kerana tidak sanggup menanggung malu. Begitu juga halnya yang terjadi di padang Mahsyar.Akan ada manusia yang bersedia terjun terus ke kawah neraka daripada dimalukan di khalayak ramai.Bukan bererti pilihannya supaya dia dicampakkan terus ke dalam neraka itu lebih baik daripada peristiwa yang memalukan itu,namun demikianlah keadaan gawat yang berlaku di padang Mahsyar apabila Allah S.W.Tmelaksanakan sesi Yaumul'Ardh. Itulah suatu peringatan bagi manusia yang tidak sanggup menanggung malu di padang Mahsyar,sebaik-baiknya mereka mesti malu di dunia ini.Malu melakukan kemungkaran ataupun perkara keji sekali pun di tempat yang sunyi.Sekiranya manusia tidak mahu menyaksikan rahsia keburukannya itu,mereka perlu sedar bahawa Allah S.W.T Maha Mengetahui apa-apa yang tersembunyi. build by Nurul Syazwina bt Mahazi Posted by GroupA2B3 at 4.15

Sunday 8 April 2012

Isu Penting Pelancongan

termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebutmelebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur - selepas Chinadan Hong Kong.* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asiayang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan wargatempatan.· Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhanindustri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalampembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.· Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapatdirealisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberipenekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahanlapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong,semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawatMalaysia.· Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen danpromosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) didalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita’ (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akandatang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosigalakan yang terbaik.· Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancongditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutanawam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanyatidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.· Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untukmemajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberilayanan terbaik kepada pelancong. · Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagimemajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidakakan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankanperanan mereka dengan sebaik-baiknya.· Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan dinegara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruhbesar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya disini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu jugadengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA)2001 telah dianjurkan di sini.· Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untukmemajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuansektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidakakan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yangmenggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan,pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.· Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini sepertimengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.· Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industripelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihakkerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harusbersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.·Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awamhinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarangkeputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluanpelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri. · Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidupdiri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkankekuatan ekonomi industri itu.· Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka inidapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerimapelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang ituakan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan dinegara ini.· Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar kenegara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di matadunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada penggunamerasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan,ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya. ~Farrah Fazira

Kemalangan Jalan Raya

Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan letih danmengantuk. Akibat hendak segera sampai ke destinasi yang dituju, mereka tidak menghiraukan keadaan mereka yang dalam keletihan. Akibatnya kenderaan dipandudalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang berada dalam keadaan begini seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberitumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan.Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandumelebihi had laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.Walaupun banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalanlalu lintas oleh pihka berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka hatitanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Malah, ada juga yang berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan raya seperti yang biasadilakukan oleh golongan remaja.Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yangteruk meningkat, langkah-langkahyang praktikal perlu diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis, dan Jabatan Kerja Raya harusmembuat pemantauan dari semua aspek untuk mendisiplinkan para pemandu danmenyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu. Penguatkuasaanundang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untuk menyedarkan pengguna jalanraya. Sektor swasta juga memainkan peranan penting dalam menangani masalah inidengan menyiarkan iklan yang dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan rayayang lain.Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Merekatidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain. Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikankeselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaianmenjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut terancam.Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku danhal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak.Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yangdapat menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demikesejahteraan bersama. Lailatul Umairah

Isu Dadah

boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta DadahBerbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yangsabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.Oleh itu, kerajaan telahmelancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namundemikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikulbersama. Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukanpenglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan mudalebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebihmengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibatdengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, merekamenunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekalimereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalanburuk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis,benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemainilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaanpencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arahmatlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkanbukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkansatu bangsa yang bermaruah dan dihormati.Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiridaripada golongan remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utamamereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu,pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosidisebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapaatau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini,AgensiAntidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahanpenagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadapgolongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usahaterbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurutlaporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlubersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihandan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatanmereka.Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihandadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiatketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokoktidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja jugatidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroindan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memeranginajis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkandadah.Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah.Dengan berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup menerima risikonyayang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis,penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buahpinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikalpula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasakeluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yangamat digeruni.Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untukmemerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadahsifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang“menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiadapilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu“Perangi Dadah Habis-Habisan” ~Farrah Fazira

Sunday 1 April 2012

Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud



Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

Berbesar Hati
Maksud : Gembira.

Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

Batu Penghalang
Maksud : Halangan

Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

Meninggi diri
Maksud : Sombong

Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.

Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.

Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong

Murah Hati
Maksud : Pemurah.

Tangan Kosong
Maksud : Hampa.

Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

build by Fatin Nurafifah

Contoh Karangan : Gagasan 1 Malaysia



1 MALAYSIA TERAS PERPADUAN NEGARA


Dalam kerancakan penduduk jagatraya berjalan bersama-sama bayang-bayang keharmonian, riang berlagu gembira, pemimpin diumpamakan sebagai jantung sesebuah negara. Pemimpin perlu bijak mengorak langkah proaktif untuk mengekalkan kestabilan keharmonian dan keamanan negara.. Umum mengetahui, keunikan Malaysia adalah bersandarkan kesejahteraan hidup kesatuan tiga kelompok berbeza bangsa dan agama namun masih mampu mengekalkan keamanan sejagat. Perpaduan menjadi elemen penting dan merupakan cerucuk dominan dalam mengekalkan keamanan. Oleh hal yang demikian, idea yang dilontar dan dilemparkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke lima, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib dalam mengetengahkan gagasan 1 Malaysia merupakan satu tindakan yang wajar dicontohi oleh tampuk kepimpinan yang lain. 1 Malaysia mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan YAB Perdana Menteri ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’. 1 Malaysia dikatakan membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Sekadar memetik kata-kata Datuk Seri Najib, beliau berbicara “saya berharap semua rakyat Malaysia melihat hari muka dengan lebih optimis dan keazaman untuk membina satu Malaysia yang lebih kukuh dan dinamik”. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.


Konsep 1 Malaysia telah menjadi asas pegangan dalam menjaga keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Umum mengetahui, perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset yang patut dibanggakan. Disini jelas menunjukkan bahawa negara mengekalkan keadilan setiap kaum tanpa mengubah pegangan dan cara hidup mereka. Rakyat diberi kebebasan dalam menentukan pegangan hidup masing-masing tanpa sebarang halangan. Memetik kata-kata daripada seorang peguam di Indonesia, beliau berkata “keadilan yang hakiki hanya ada disyurga, tetapi kita di dunia cuba hampiri ke tahap itu”. Justeru, kelebihan yang diperoleh apabila menjadi warga Malaysia seharusnya diiringi dengan rasa syukur kerana diberi peluang untuk hidup dalam suasana harmoni tanpa sebarang diskriminasi.


Seterusnya, 1 Malaysia ialah satu gagasan bagi memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada Melayu, Cina, mahupun India, sikap ini perlu disemat kukuh dalam sanubari generasi hari ini untuk mengekalkan perpaduan negara. Kita tidak mahu negara gah dengan kemodenan berkelas pertama tetapi masyarakat masih mengamalkan gaya hidup berkelas ketiga lantaran ketempangan sikap saling menghormati. Masyarakat Melayu misalnya, perlu menghormati pegangan dan kepercayaan bangsa lain dan begitu juga sebaliknya kerana setiap bangsa mempunyai amalan dan kepercayaan yang tersendiri . Kita tidak boleh bersikap serperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dengan mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti bangsa lain. Di sinilah pentingnya sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat kerana apabila hidup di bawah satu bumbung bersama tiga kelompok berbeza adalah suatu perkara yang tidak boleh diambil mudah dan dipandang enteng kerana setiap perlakuan dan tutur kata perlu dijaga rapi. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Justeru, sinergi daripada setiap lapisan masyarakat amat diperlukan dengan menjadikan sikap saling menghormati sebagai salah satu inisiatif dalam mengekalkan perpaduan.


Pemimpin perlu bijak dalam memainkan peranan untuk membina rumpunan bangsa Malaysia yang bahu-membahu atau bantu-membantu agar dapat memperkukuh ikatan kaum yang akan menjadi tunjang kepada pembangunan dan keharmonian negara. Apakah ikatan dan jalinan ini akan berterusan jika ada rakyat yang tidak tahu menilai perpaduan negara?. Oleh yang demikian, konsep 1 Malaysia yang diketengahkan mampu menyemai sikap saling bekerjasama sesama rakyat. Sekadar mengambil contoh daripada persekitaran sekeliling, rakyat Malaysia mampu menjalankan urusan perniagaan secara perkongsian walaupun berbeza bangsa. Selain itu, jika dinilai dari alam persekolahan, sekolah-sekolah Cina tidak lagi hanya didiami oleh bangsa tersebut semata-mata, malahan anak-anak Melayu dan India turut menuntut di sekolah yang sama. Begitu juga dengan bangsa India, mereka tidak hanya tertumpu kepada sekolah jenis kebangsaan tamil atau SJK(T) sahaja. Di sini jelas menunjukkan bahawa sikap kerjasama tidak hanya wujud dalam golongan profesional sahaja, anak-anak di bawah umur mahupun belia-belia harapan bangsa turut mampu mengamalkan sikap saling bekerjasama antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, konsep 1 Malaysia membantu memepertingkatkan lagi sikap tersebut seterusnya perpaduan negara lebih mudah dicapai.


Ketulusan dan keterbukaan sikap rakyat Malaysia hidup dalam kesatuan tiga kelompok berbeza bangsa sering menjadi buah mulut masyarakat seantero dunia yang kagum dengan perpaduan yang dikecapi. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Teras perpaduan yang diterapkan iaitu penerimaan. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif iaitu dengan menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan dan kadangkala diterima dengan tidak jujur. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa sahaja perkara baik dan mendapat persetujuan secara kesepakatan. Penerimaan semua kaum mendapatkan apa yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Justeru, perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.


Tuntasnya, konsep satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama memajukan negara. Rakyat perlu menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada negara sebagaimana setianya Hang Tuah kepada sultan. Kerajaan khususnya perlu menagih komitmen dan pengertian menyeluruh semua pihak terhadap kepentingan perpaduan negara dan peranan gagasan 1 Malaysia dalam membantu merealisasikan impian dalam membentuk sebuah negara bangsa. Keharmonian negara yang dikecapi dan keamanan menyirup udara segar hasil kemerdekaan perlu dikekalkan supaya keaman dan perpaduan ini tetap berterusan hingga generasi akan datang. Mantan Perdana Menteri Indonesia ada menyatakan, “jika ingin melihat generasi pada masa akan datang, lihatlah generasi pada hari ini.

build by Ftain Nurafifah

Kepentingan Hutan Kepada Manusia



Hutan di seluruh dunia adalah sebahagian daripada ekosistem global yang menampung serta memperkayakan kehidupan manusia. Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang kompleks yang melibatkan air, tanah, atmosfera, tumbuhan dan fauna. Hutan yang terdapat di seluruh dunia dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah hutan hujan tropika, hutan bakau, hutan pokok tirus, hutan pokok daun luruh dan sebagainya. Di Malaysia, kira-kira 77.2% daripada luas keseluruhan Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai jenis hutan. Hutan ini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan hutan dapat dijumpai di Pahang (37.6%), Kelantan (15%), Perak (14.4%) dan Terengganu (37.6%). Sebahagian besar daripada hutan di Malaysia adalah hutan hujan tropika.


Habitat flora dan fauna
Hutan merupakan habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis hidupan liar dan burung-burung serta spesis tumbuhan yang berharga di hutan. Contohnya, hutan hujan tropika Malaysia mempunyai 14 500 spesis dimana 6 000 spesis berpotensi menjadi sumber perhutanan. Hutan juga menjadi habitat kepada 600 spesis burung, 800 spesis tumbuh-tumbuhanan, 200 spesis binatang liar, 210 spesis mamalia, 150 spesis katak, 140 spesis ular, 80 spesis cicak dan sejumlah besar spesis serangga serta hidupan liar.

Pembekal makanan
Hutan juga berfungsi sebagai pembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun. Di hutan hujan tropika sentiasa terdapat berbagai-bagai jenis bunga, buah, daun dan kacang untuk dimakan oleh pelbagai fauna yang terdapat di dalamnya. Penerokaan hutan secara tidak terkawal akan menimbulkan implikasi kepada fauna kerana akan menimbulkan kesukaran kepada mereka untuk mendapatkan punca makanan dan secara tidak langsung akan menjejaskan kehidupan mereka.

Pembekal ubat-ubatan
Hutan juga membekalkan herba-herba ubat yang berguna kepada manusia dalam mengatasi pelbagai penyakit. Hutan bakau memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan herba-herba ubat. Kulit dari pokok Rhizophora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang, mengubati ceret-beret dan boleh juga memberhentikan pendarahan. Sementara itu pula, kulit pokok Tumu / Berus (Bruguiera sp.) biasanya dihancurkan untuk mendemah bahagian luka dan cecair dari buah pokok Perapat (Sonneratia sp.) juga boleh digunakan pendarahan akibat dari buasir.

Pembekal bahan mentah
Hutan juga membekalkan pelbagai bahan mentah bagi kegunaan beberapa industri desa. Contohnya, rotan digunakan dalam industri perabot dan mengkuang pula digunakan untuk menghasilkan tikar, bakul .Sementara itu, kayu bakau digunakan sebagai arang batu dan tiang sebagai bahan cerucuk dalam pembinaan. Hasil hutan bakau seperti daun- daun nipah yang bersaiz besar dan mudah dilentur digunakan dalam penganyaman tikar, atap dan bakul. Pneumatofor pokok Perapat (Sonnerotia sp.) yang telap air dan lembut digunakan dalam pembuatan dan hasil ukiran kayu.

Tempat Rekreasi
Hutan juga bertindak sebagai tempat rekreasi. Kebanyakan kawasan hutan kini mula dijadikan sebagai kawasan-kawasan rekreasi yang terpelihara dan memperolehi keuntungan yang besar. Di Malaysia, misalnya terdapat beberapa buah taman negara yang menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan alam semulajadi.

Sumber penyelidikan
Hutan juga merupakan sumber penyelidikan perubatan farmasi yang amat bernilai. Pelbagai kajian dan penyelidikan dapat dijalankan di dalam hutan bagi mendapatkan input yang baru yang boleh digunakan dalam kehidupan manusia.

Sumber Pendapatan
Hutan juga memberi sumber pendapatan kepada negara. Melalui aktiviti pembalakan. Kayu-kayan yang terdapat di hutan adalah amat bernilai dan digunakan dalam beberapa bidang yang menguntungan. Di Malaysia, hasil pendapatan dari aktiviti pembalakan telah meningkat dalam jangka masa 10 tahun. Ini dapat dibuktikan oleh jadual berikut :

Tahun Hasil (m3) Pendapatan (RMJuta)
1980 27.9 2500.0
1990 40.0 4200.0

Jadual : Pendapatan dari hasil pembalakan di Malaysia pada tahun 1980 dan 1990.

Mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas
Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas oksigen dan karbon dioksida. Bagi tumbuhan, gas karbon dioksida adalah diperlukan sebagai alat untuk memproses makanannya. Dalam proses membuat makanan ini tumbuhan hijau akan menyerap gas karbon dioksida dan melepaskan gas oksigen sebagai hasil sampingan daripada proses itu. Dengan adanya tumbuhan hijau maka keseimbangan kedua-kedua gas dalam udara akan dapat dikekalkan.

Mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh
Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh. Daun-daun pokok akan mengurangkan kesan titisan air ke permukaan tanah dan akan mengurangkan kesan hakisan tanah. Akar-akar pokok di dalam hutan yang terdapat di tanah-tanah tinggi tersebut juga akan mengikat dan menahan sebahagian daripada air hujan itu daripada mengalir deras turun ke tanah rendah dan ini boleh menghalang daripada tanah runtuh.

Memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan toksik
Hutan juga berfungsi dalam memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan toksik. Bahan-bahan organik yang kompleks sama ada dalam bentuk daun atau kayu menjadi sumber makanan penting bagi serangga dan haiwan-haiwan yang hidup di hutan bakau. Pokok bakau juga boleh memerangkap sedimen dan bahan-bahan toksik. Disamping itu juga bahan-bahan toksik seperti racun perosak dan sisa buangan domestik serta perindustrian yang kebanyakannya terlekat kepada sedimen yang mendap, turut terperangkap.

Pengawal iklim
Hutan juga bertindak sebagai pengawal iklim. Ketebalan hutan yang terdapat di sesuatu kawasan mempengaruhi ciri-ciri iklim kawasan berkenaan. Kawasan tropika misalnya mempunyai hutan tebal serta terdiri daripada beberapa lapisan yang berlainan kepentingannya. Lapisan yang berlainan ini dapat mengawal jumlah kehilangan air dari permukaan hutan melalui proses sejatan seterusnya menstabilkan kelembapan.

Daripada huraian di atas, ternyatalah bahawa hutan sangat penting kepada manusia. Pelbagai usaha secara konsisten dan sistematik harus dilakukan agar penerokaan hutan dan pencerobohan secara haram dapat dibanteras. Tindakan undang-undang yang lebih berat harus dikenakan kepada mereka yang cuba memusnahkan hutan. Kita tidak mahu, dalam usaha kita mengejar pembangunan, kita terpaksa memusnahkan alam semulajadi secara rakus. Telah terbukti, kemusnahan hutan boleh menimbulkan bencana kepada kita.

build by Fatin Nurafifah bt Ishak
Punca-Punca Masalah Sosial dan Cara Mengatasi Ini bukanlah yang terbaik - Sekadar panduan dan pencetus idea untuk semua calon SPM

Masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Semakin hari, masalah ini semakin berleluasa.
Nyatakan punca-punca timbulnya masalah sosial dan bagaimanakah kita boleh mengatasinya.

Pendahuluan:
Masalah sosial dalam kalangan remaja masa kini makin berleluasa. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja berita tentang masalah sosial remaja dipaparkan di muka akhbar mahupun di kaca televisyen. Antara masalah sosial remaja masa kini ialah merempit, ragut, curi motosikal, menagih dadah dan pergaulan bebas.

Punca-Punca:
1. Pengaruh rakan sebaya – tersalah pilih kawan – terjerumus dalam masalah sosial dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan memudaratkan diri – tidak ada benteng ketahanan diri – berasa seronok berada dalam kelompok kawan yang mampu memberi kegembiraan.
2. Pengaruh media massa – sama ada media cetak atau media elektronik -dipaparkan dengan filem-filem atau cerita-cerita ganas dan berunsur sex - filem dan bahan tidak bermoral boleh didapati dengan mudah – remaja yang melihat akan terpengaruh, meresap dalam diri dan cuba untuk melakukannya.
3. Masalah dalam keluarga – pertengkaran ibu bapa, kurang kasih sayang, bebanan tugas – remaja tertekan dan emosi terganggu – ambil jalan keluar dengan lari dari rumah, mengikut kawan-kawan, mengambil dadah dan sebagainya – sebagai usaha meredakan tekanan dalam diri.
4. Perasaan ingin mencuba – jiwa remaja yang penuh dengan emosi sangat suka kepada sesuatu yang baru – apabila melihat rakan dapat melakukan aksi / membuat sesuatu yang menyeronokkan mereka akan terikut-ikut. Seperti aksi merempit, hubungan sex dan sebagainya.
5. Kurang didikan agama – remaja hari ini kurang menghayati didikan agama – mereka tidak takut kepada dosa – mereka tidak takut kepada balasan hari akhirat – mereka lebih pentingkan keseronokkan walaupun bertentang dengan nilai dan agama – masyarakat pula mengamalkan budaya lihat dan pandang tetapi ada usaha menegur. Cara Mengatasi Memberi didikan agama dan moral yang secukupnya – anak mampu membenteng diri mereka daripada pelbagai pengaruh – anak-anak akan berasa bersalah melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama – secara tidak langsung akan menolak gejala buruk yang datang kepada mereka.
2. Ibu bapa memberi kasih sayang secukupnya kepada anak-anak – anak-anak rasa diri mereka dihargai dan disayangi – mereka akan menjaga maruah diri, maruah ibu bapa dan maruah keluarga – bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.
3. Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa – tindakan terhadap media massa yang menyiarkan bahan atau filem berunsur ganas dan sex yang boleh mempengaruhi jiwa remaja. Garis panduan yang lebih telus dan jelas digubal untuk memastikan tiada filem atau bahan yang boleh merosakkan jiwa remaja.
4. Menggubal dan meminda undang-undang – tindakan lebih berat sebagai pengajaran kepada pihak yang cuba mengekploitasi remaja untuk kepentingan diri – tindakan terhadap remaja yang terlibat sebagai pengajaran kepada rakan-rakan lain.
5. Mengadakan kempen kesedaran untuk remaja – mengingatkan remaja tentang impak negatif atau kemudaratan yang akan mereka perolehi jika terlibat dengan masalah sosial seperti penyakit, kecederaan, kematian dan kemusnahan hidup.

Penutup :

Remaja adalah pewaris bangsa. Pemuda adalah harapan bangsa dan pemudi ialah tiang regara. Semua pihak harus memainkan peranan untuk mengurangkan masalah sosial yang boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. disediakan oleh:Nor Afiqah Bt Abd Rahim (2 Mei 2012)
1 MALAYSIA TERAS PERPADUAN NEGARA


Dalam kerancakan penduduk jagatraya berjalan bersama-sama bayang-bayang keharmonian, riang berlagu gembira, pemimpin diumpamakan sebagai jantung sesebuah negara. Pemimpin perlu bijak mengorak langkah proaktif untuk mengekalkan kestabilan keharmonian dan keamanan negara.. Umum mengetahui, keunikan Malaysia adalah bersandarkan kesejahteraan hidup kesatuan tiga kelompok berbeza bangsa dan agama namun masih mampu mengekalkan keamanan sejagat. Perpaduan menjadi elemen penting dan merupakan cerucuk dominan dalam mengekalkan keamanan. Oleh hal yang demikian, idea yang dilontar dan dilemparkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke lima, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib dalam mengetengahkan gagasan 1 Malaysia merupakan satu tindakan yang wajar dicontohi oleh tampuk kepimpinan yang lain. 1 Malaysia mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan YAB Perdana Menteri ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’. 1 Malaysia dikatakan membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Sekadar memetik kata-kata Datuk Seri Najib, beliau berbicara “saya berharap semua rakyat Malaysia melihat hari muka dengan lebih optimis dan keazaman untuk membina satu Malaysia yang lebih kukuh dan dinamik”. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.


Konsep 1 Malaysia telah menjadi asas pegangan dalam menjaga keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Umum mengetahui, perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset yang patut dibanggakan. Disini jelas menunjukkan bahawa negara mengekalkan keadilan setiap kaum tanpa mengubah pegangan dan cara hidup mereka. Rakyat diberi kebebasan dalam menentukan pegangan hidup masing-masing tanpa sebarang halangan. Memetik kata-kata daripada seorang peguam di Indonesia, beliau berkata “keadilan yang hakiki hanya ada disyurga, tetapi kita di dunia cuba hampiri ke tahap itu”. Justeru, kelebihan yang diperoleh apabila menjadi warga Malaysia seharusnya diiringi dengan rasa syukur kerana diberi peluang untuk hidup dalam suasana harmoni tanpa sebarang diskriminasi.


Seterusnya, 1 Malaysia ialah satu gagasan bagi memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada Melayu, Cina, mahupun India, sikap ini perlu disemat kukuh dalam sanubari generasi hari ini untuk mengekalkan perpaduan negara. Kita tidak mahu negara gah dengan kemodenan berkelas pertama tetapi masyarakat masih mengamalkan gaya hidup berkelas ketiga lantaran ketempangan sikap saling menghormati. Masyarakat Melayu misalnya, perlu menghormati pegangan dan kepercayaan bangsa lain dan begitu juga sebaliknya kerana setiap bangsa mempunyai amalan dan kepercayaan yang tersendiri . Kita tidak boleh bersikap serperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dengan mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti bangsa lain. Di sinilah pentingnya sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat kerana apabila hidup di bawah satu bumbung bersama tiga kelompok berbeza adalah suatu perkara yang tidak boleh diambil mudah dan dipandang enteng kerana setiap perlakuan dan tutur kata perlu dijaga rapi. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Justeru, sinergi daripada setiap lapisan masyarakat amat diperlukan dengan menjadikan sikap saling menghormati sebagai salah satu inisiatif dalam mengekalkan perpaduan.


Pemimpin perlu bijak dalam memainkan peranan untuk membina rumpunan bangsa Malaysia yang bahu-membahu atau bantu-membantu agar dapat memperkukuh ikatan kaum yang akan menjadi tunjang kepada pembangunan dan keharmonian negara. Apakah ikatan dan jalinan ini akan berterusan jika ada rakyat yang tidak tahu menilai perpaduan negara?. Oleh yang demikian, konsep 1 Malaysia yang diketengahkan mampu menyemai sikap saling bekerjasama sesama rakyat. Sekadar mengambil contoh daripada persekitaran sekeliling, rakyat Malaysia mampu menjalankan urusan perniagaan secara perkongsian walaupun berbeza bangsa. Selain itu, jika dinilai dari alam persekolahan, sekolah-sekolah Cina tidak lagi hanya didiami oleh bangsa tersebut semata-mata, malahan anak-anak Melayu dan India turut menuntut di sekolah yang sama. Begitu juga dengan bangsa India, mereka tidak hanya tertumpu kepada sekolah jenis kebangsaan tamil atau SJK(T) sahaja. Di sini jelas menunjukkan bahawa sikap kerjasama tidak hanya wujud dalam golongan profesional sahaja, anak-anak di bawah umur mahupun belia-belia harapan bangsa turut mampu mengamalkan sikap saling bekerjasama antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, konsep 1 Malaysia membantu memepertingkatkan lagi sikap tersebut seterusnya perpaduan negara lebih mudah dicapai.


Ketulusan dan keterbukaan sikap rakyat Malaysia hidup dalam kesatuan tiga kelompok berbeza bangsa sering menjadi buah mulut masyarakat seantero dunia yang kagum dengan perpaduan yang dikecapi. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Teras perpaduan yang diterapkan iaitu penerimaan. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif iaitu dengan menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan dan kadangkala diterima dengan tidak jujur. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa sahaja perkara baik dan mendapat persetujuan secara kesepakatan. Penerimaan semua kaum mendapatkan apa yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Justeru, perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.


Tuntasnya, konsep satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama memajukan negara. Rakyat perlu menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada negara sebagaimana setianya Hang Tuah kepada sultan. Kerajaan khususnya perlu menagih komitmen dan pengertian menyeluruh semua pihak terhadap kepentingan perpaduan negara dan peranan gagasan 1 Malaysia dalam membantu merealisasikan impian dalam membentuk sebuah negara bangsa. Keharmonian negara yang dikecapi dan keamanan menyirup udara segar hasil kemerdekaan perlu dikekalkan supaya keaman dan perpaduan ini tetap berterusan hingga generasi akan datang. Mantan Perdana Menteri Indonesia ada menyatakan, “jika ingin melihat generasi pada masa akan datang, lihatlah generasi pada hari ini.

buld by Fatin Nurafifah bt Ishak

rumah sudah siap pahat masih berbunyi

Rencana lima siri siri ini cuba merungkai isu perpaduan yang masih menjadi polemik setelah hampir lebih lima dekad merdeka. Mengapa "Rumah Sudah Siap Pahatnya Masih Berbunyi?"

Bernama mendapatkan beberapa pandangan dalam menyelusuri polemik isu perpaduan nasional ini di tengah-tengah bersemaraknya sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 tahun ini.

Bahagian pertama ialah hasil wawancara dengan Datuk Omar Hashim, Pengerusi Jawaatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM).

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Seberkas kayu lidi yang diikat tidak mudah dipatahkan tetapi lidi yang dilerai dari ikatan, sebatang demi sebatang senang dipatah.

Ini kisah yang sering diajar untuk menunjukkan jika kita tidak bersatu-padu, kita akan menjadi lemah seperti sebatang lidi tetapi jika kita bersepakat, kekuatan kita bak seberkas kayu lidi, teguh dan padu.

Betapa cantiknya orang tua dahulu menggambarkan kepentingan permuafakatan, persepakatan dan istilah yang sering dilaung-laungkan hari ini iaitu perpaduan.

Kita juga ada peribahasa yang dalam maknanya untuk menggambarkan betapa pentingnya perpaduan seperti "Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh", "Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing" dan "Bulat Air Kerana Pembetung Bulat Kata Kerana Muafakat."

Sudah tentunya juga kita mengharapkan masyarakat majmuk atau berbilang kaum di Malaysia hidup "Bagai Aur Dengan Tebing", perumpamaan yang menggambarkan keadaan kehidupan yang harmoni, tolong menolong antara satu sama lain.

Kita tentunya tidak mahu melihat masyarakat berbilang kaum Malaysia dengan tiga kaum utama, Melayu, Cina dan India dan berpuluh-puluh etnik yang lain di Sabah dan Sarawak bersikap "Seperti Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-masing!"

build by fatihah hanisah

isu dadah

       Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita  berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.  
Pada akhir tahun 1960-an, negara  kita   mulai  mengalami  masalah  dadah   Golongan remaja  dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika  yang  melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan  muda  yang  terlibat  dalam  penagihan  dadah merupakan  pemuda- pemudi  harapan  bangsa  dan  negara   dan  terjerumusnya  mereka  dalam alam khayalan ini mengakibatkan  mereka bukan sahaja tidak berguna kepada  masyarakat  bahkan diri  mereka sendiri. Memandangkan  hakikat inilah,  kerajaan  telah  mengambil  sikap tegas terhadap pengedaran  dadah,  dan  mengambil  langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang  amat  ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.  Oleh itu, kerajaan telah  melancarkan  kempen  antidadah  di  seluruh  negara  secara  meluas.  Namun demikian,  tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya  kita  pikul  bersama.
Tindakan   pencegahan   dadah   yang   berkesan memerlukan  penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih  bebas,  terdedah  kepada pengaruh asing dan mereka  lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang  tidak  sihat. Untuk  disanjung  oleh  kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan  menghisap  rokok  dan  dadah. Sekali  mereka   bermula,   maka   amat  sukar  bagi  mereka memberhentikan amalan buruk ini.   Masyarakat harus dididik  sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh.  Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam  hati  sanubari  mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita  harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk  mewujudkan  satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.
Sebahagian  besar penagih-penagih dadah  di  negara  kita  terdiri  daripada golongan remaja antara 15-29 tahun.  Antara  sebab-sebab utama  mereka  ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh  persekitaran  terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang  ibu  bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.
Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.    
Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional,  mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni.  
Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia.  Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu “Perangi Dadah Habis-Habisan”.

build by fatihah hanisah