Wednesday 21 March 2012

balik kampung

Suasana di stesen bas di bandar raya ipoh kelihatan sangat sibuk. Di sana orang menjaja, berbual-berbual,berbaris untuk membeli tiket bas, anak- anak kecil merengek,dan penguguman demi penguguman dibuat melalui pembesar suara.Benginilah sibuknya situasi di stesen bas ketika hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri.Setiap orang hendak pulang ke kampung destinasinya sendiri. begitu juga dengan aku.

     "Pepsi,Sarsi!"pekik si penjual minuman tin.
     Aku menghulur RM1.50 untuk membeli setin minuman untuk menghilangkan haus.Pemandu bas membunyikan hon menyuruh semua penumpang menaiki bas.Aku menaiki bas dan duduk di kerusi bernombor F8 sebagaimana tercatat di tiket bas aku. Perjalanan ke kampungku memakan masa lima jam.

        Sepanjang perjalanan,wajah-wajah yang kurindui muncul dalam kotak fikiranku.Aku mula berasa bosan  kerana tiada seorang kawan disisikuuntuk berbual- bual. Aku cuba melelapkan mata tapi aku tidak biasa tidur di dalam bas. Seorang wanita tua melemparkan senyuman mesra kepadaku.
   "Cucu hendak ke mana?"
   "Balik ke Kampung Panchur nek."
   Kami mula berbual mesra. Aku memanggil orang tua itu Nek Timah. Dia memang seorang tua yang berbakat dalam menyampaikan berbagai-bagai cerita rakyat . Aku tertarik dengan "Cerita Si Tanggang"yang mengisahkan seorang aanak yang derhaka terhadap ibunya.
Akhirnya anak derhaka itu disumpah menjadi batu.

  "Kampung Panchur!Kampung Panchur!"tiba - tiba dengar pekikan konduktor bus mengejutkan aku.Dari tingkap bas kunampak ayah,ibu,dan adik-adiku sedang menungguku.
    "Selamat tinggal Nek Timah,"ucapku kepada orang tua dan bersalaman dengan orang tua dan bersalaman denganya.Dia telah menghiburkan aku dengan cerita-cerita rakyat sepanjang perjalanan tadi. 


fatin nurafifah

No comments:

Post a Comment