Tajuk 2 : Penguasaan Pelbagai Bahasa Asing Dan Kepentingannya
Bahasa
merupakan alat untuk berkomunikasi. Bahasa juga di gunakan sebagai alat
penyebar ilmu dan maklumat. Kita digalakkan menguasai lebih dari satu
bahasa. Menguasai lebih dari satu bahasa merupakan suatu bonus khususnya
untuk berkomunikasi dengan bangsa asing. Hal ini memudahkan kita
berkomunikasi dengan pelancong. Dengan menguasai pelbagai bahasa kita
juga akan berasa lebih berkeyakinan kepada diri kita sendiri. Di dalam
negara Malaysia ini ada lima
bahasa kerana negara ini mempunyai 5 kaum utama. Sekiranya kita dapat
menguasai bahasa tersebut, kita dapat berbual dengan orang yang bukan
seagama dengan kita atau bukan sekaum dengan kita. Bahasa Melayu, India,
Cina, Iban dan Kadazan semuanya daripada pelbagai kaum dan
agama.Sekiranya kita fasih berbahasa lain kita dapat mengetahui adat
resam mereka dan mereka juga akan mengetahui adat resam kita. Kita juga
boleh membaca dalam pelbagai bahasa, dengan memperbanyakkan pembacaan
kita akan memperoleh banyak ilmu. Jelaslah bahawa menguasai pelbagai
bahasa mempunyai banyak kepentingan dan maslahatnya.
Kita
lihat pula dari sudut propenguasaan pelbagai bahasa ini. Umum
mengetahui dan tidak menafikan kepentingan dan faedah menguasai pelbagai
bahasa asing. Di Malaysia, industri pelancongan banyak memberikan
sumbangan kepada sektor ekonomi mahupun maruah negara itu sendiri. Pada
tahun 2004 sahaja jumlah pelancong dari China
yang berkunjung ke negara ini telah mencecah 16.4 juta orang. Hal ini
menunjukkan betapa besarnya sumbangan industri pelancongan kepada Malaysia. Tetapi
angkaan jutaan itu sebenarnya menunjukkan kemerosotan dalam
tinjauan ketidakpuasan hati pelancong yang pernah datang ke Malaysia. Mengapakah
hal ini terjadi? Kebanyakan jawapan yang diberi ialah kesukaran untuk
berkomunikasi dengan rakyat tempatan. Rata-rata rakyat Malaysia
tidak tahu berbahasa Cina, Inggeris, Jepun dan Perancis. Hal
ini menjadi masalah kerana bahasa di atas merupakan antara bahasa yang
menjadi keutamaan di dunia. Tidak ramai rakyat Malaysia
yang tahu membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa yang sering
digunakan oleh kebanyakan negara sebagai bahasa kedua mereka. Akibatnya,
akan tercalarlah maruah negara di mata dunia. Negara akan dikenali
sebagai rakyat yang mempunyai mentaliti yang rendah dan seterusnya akan
menjejaskan ekonomi Malaysia.
Dalam
pada masa itu juga, bahasa asing juga penting sebagai satu perantaraan
yang memudahkan bual bicara untuk menguasai pelbagai disiplin
ilmu. Apakah tidak berkualiti bahasa ibunda sebagai bahasa ilmu? Apakah
bahasa asing seperti bahasa Inggeris yang layak menjadi bahasa
ilmu? Tepuk dada, tanya selera.Dewasa ini, penerokaan, penguasaan dan
pengabdian terhadap ilmu pengetahuan banyak didalami oleh bangsa
asing. Bangsa yang mana sejak lahir hingga mati akan menuturkan bahasa
mereka sendiri. Sebagai umat Islam pula, bagaimana untuk kita merebut
kembali tempat pertama dalam penguasaan ilmu yang suatu ketika dahulu
didahului kita jika kita tidak mampu menkaji hasil kerja bangsa-bangsa
asing. Ilmuan terkemuka dunia seperti Ibnu Sina dan Ibnu Khawarizmi juga
mempelajari bahasa asing untuk mengembangkan ilmu yang mereka ada
sehingga mereka menjadi terkenal sekarang ini. Yunani telah menyebabkan
karya Ibnu Sina seperti buku perubatan, Kanun Fi’al Tib diterima pakai
lebih 500 tahun lamanya di universiti-universiti di Barat hampir sealaf
lalu.Bahasa Hindus juga telah menyebabkan Ibnu Khawarizmi
diiktiraf sebagai ahli matematik terbaik di dunia sehingga sekarang
dengan teori berkaitan aljebra. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya
bahasa asing terhadap perkembangan ilmu,
Berkisar tentang
ilmu juga, bahasa asing amat penting terutamanya dalam melayari
cabang pendidikan pada masa ini. Alam pendidikan sekarang ini lebih
bersifat terbuka dan tanpa sempadan. Jika kita perhatikan, kebanyakan
universiti yang wujud di dalam mahupun di luar negara sering menjadi
tumpuan pelajar-pelajar yang bukan dari negara mereka
sendiri. Pelajar-pelajar yang datang ke universiti itu bukan sahaja
datang dari negara jiran malah beribu-ribu batu jauhnya untuk
melanjutkan pelajaran. Malaysia
sendiri mempunyai ramai rakyat yang melanjutkan pelajaran ke luar
negara. Cabang pendidikan tanpa sempadan ini menghendaki golongan
pelajar lebih prihatin terhadap penguasaan bahasa asing.Bagaimana hendak
melanjutkan pelajaran ke luar negara jika diri sendiri tidak tahu
bertutur dalam bahasa ibunda mereka? Bagaimana untuk kita bergaul dengan
rakyat tempatan di negara mereka jika kita hanya tahu bahasa ibunda
sendiri?Oleh hal yang demikian, individu khususnya golongan pelajar
perlu lebih mengambil berat terhadap penguasaan bahasa asing. Mungkin
pada hari inipelajar-pelajar mampu berbicara dan berdebat tentang tidak
perlunya bahasa asing ini, tetapi sedarlah bahawa pada suatu hari nanti
kita juga yang akan merangkak untuk mempelajari bahasa tersebut.
Dalam
meniti arus globalisasi yang sangat berbeza dengan arus pemodenan, kita
dihimpit dengan tekanan dari peringkat antarabangsa berkaitan kewangan
dan pekerjaan. Disebabkan ini juga ramai rakyat Malaysia
yang menganggur dan ramai yang menyalahkan tekanan antarabangsa sebagai
penghalang kemajuan sedangkan salah itu datangnya daripada diri mereka
sendiri. Salah satu faktor yang menyumbang kepada pengangguran ini
adalah kelemahan dan kekurangan dalam menguasai bahasa selain bahasa
ibunda.Majikan sekarang ini lebih menumpukan perhatian kepada
pekerja-pekerja yang mempunyai kelebihan dalam bahasa lain. Maka,
pekerja-pekerja seperti ini akan menjadi kegemaran majikan untuk
diterima bekerja dan malanglah bagi individu lain yang mempunyai
kemahiran dan kelulusan yang sama tetapi mempunyai kelemahan
dalam menguasai bahasa asing. Bagi pekerja-pekerja ini, mereka tidak
menyedari kelemahan mereka dan menyalahkan orang lain sedangkan
kelemahan itu datangnya daripada diri mereka sendiri. Akhirnya, tahun
demi tahun dihabiskan dengan melihat kepada satu rumusan yang dibuat
sendiri dengan meletakkan kesalahan di bahu majikan yang memilih bulu
kononnya. Maka, tidak ada suatu perubahan mahupun reformasi yang
dilakukan untuk merubah diri sendiri.
Selain
pelancongan, pendidikan dan pekerjaan, bahasa asing boleh dijadikan
platform yang sangat berguna untuk mengeratkan satu individu dengan
individu yang lain. Hubungan antarabangsa juga boleh dijalinkan lebih
erat dengan menguasai bahasa mereka. Bahasa Melayu juga pernah menjadi
lingua franca sewaktu zaman kegemilangan empayar Melaka pada suatu masa
dahulu.Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga memilih bahasa
Melayu untuk dituturkan sedangkan masih ada berpuluh-puluh bahasa yang
digunakan para pedagang pada masa itu. Pedagang-pedagang berasakan
bahawa bahasa Melayu mudah difahami dan dituturkan. Negara China juga menjalinkan hubungan yang baik dengan negeri Melaka dari segi pertahanan sehinggakan China
sanggup menghantar jeneralnya yang terkemuka iaitu Jeneral Cheng Ho
untuk bertemu dengan pemerintahan Melaka. Disebabkan hubungan Melaka-Chinajugalah, Siam tidak
berani untuk terus memberikan tekanan ke atas Melaka.Begitulah betapa
pentingnya penguasaan bahasa asing dalam mengeratkan hubungan
antarabangsa. Malaysia juga sebagai sebuah negara majmuk, mengharapkan rakyatnya menguasai bahasa asing terutamanya bahasaMandarin dan bahasa Tamil .
Sehubungan
dengan itu, walaupun pelbagai tafsiran sama ada positif ataupun negatif
dibuat berkaitan penguasaan bahasa asing, kita perlu menyedari
kepentingan bahasa asing dari skop yang lebih luas. Dalam bahasa yang
lebih mudah, bahasa asing mempunyai pengaruh yang besar terhadap sektor
pelancongan, pendidikan, pekerjaan dan perhubungan malah dalam kehidupan
seharian kita. Di Malaysia, penguasaan bahasa asing adalah sangat
lemah.Altitud ini pula ditambah lagi dengan sikap segelintir golongan
masyarakat yang tidak mengambil tahu kepentingannya malah menentang
bahasa asing.Sememangnya bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris
merupakan bahasa penjajah tetapi bukankah Tunku Abdul Rahman juga
menggunakan bahasa tersebut semasa menuntut kemerdekaan di London? Bukankah
kita juga merubah kosa kata bahasa asing untuk dimelayukan? Bukankah
bahasa Melayu sendiri terbentuk daripada bahasa Sanskrit? Mengata bahasa
asing, sekurang-kurangnya bahasa tersebut ada
pengiktirafan tersendiri. Jika hendak menentang dan membunuh bahasa
asing dalam jiwa rakyat Malaysia adalah lebih baik kita menentang dan membunuh bahasa rojak yang semakin hari semakin menjadi-jadi di Malaysia. Malah
tanpa kita sedar, kita menggunakan bahasa tersebut dalam pertuturan
seharian. Mengata dulang paku serpih, mengata orang diri sendiri yang
lebih. Jangan sampai terjadi menepuk air ke dulang, terpercik ke muka
sendiri. Sebelum nasi menjadi bubur, seharusnya semua pihak bersinergi
dalam meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa dalam diri. Usaha yang
padu dan komited bukan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam daripada
semua rakyat Malaysia amatlah diharapkan dalam merealisasikan Wawasan 2020.
[1208 patah kata]
No comments:
Post a Comment