Saturday, 31 March 2012
Masalah Suka Lepak
Isu tingkah laku lepak di kalangan remaja mula mendapat perhatian
dalam tahun 1993. Ketika itu diandaikan bahawa tingkah laku ini yang
sering dilabelkan sebagai 'budaya lepak’ begitu menular di kalangan
pelajar sekolah. Masyarakat begitu memberikan perhatian kepada
perkara ini kerana di ruang akhbar sering dipaparkan gambar pelajar
sekolah yang menghabiskan masa sebelum atau selepas sekolah di
kompleks membeli belah. Satu kajian awal tentang tingkah laku lepak
di Kuala Lumpur (Samsudin dan Iran, 1993) menunjukkan bahawa
tingkah laku lepak ini tidak terhad di kalangan pelajar malah lebih
menular di kalangan remaja yang sudah bekerja.
Ada sesetengah pihak yang meragui kenapakah kita perlu heboh
dengan tingkab laku lepak di kalangan remaja? Tidakkah di zaman
remajanya, orang dewasa sekarang ini juga melepak? Begitu juga pada
tahun 1960an dan 1970an juga diperkatakan orang dewasa di luar
bandar kerap duduk di kedai-kedai kopi membuang masa berbual
kosong tanpa mengusahakan tanah-tanah terbiar yang banyak
dikawasan kampung? Persoalan-persoalan tersebut mungkin ada
hujahnya.
Ada yang salah tafsir erti melepak. Mereka mengatakan apa
salahnya remaja melepak dengan bermain bola? Atau yang bertanya
apa salah kalau Temaja melepak sambil berbincang tentang kerja
sekolah? Jika remaja berbincang tentang kerja sekolah atau menonton
permainan bola sepak, mereka sebenamya bukan melepak. Ini
disebabkan mereka mempunyai sesuatu matlamat yang ingin dicapai
dalam sesuatu pertemuan. Tetapi yang dimaksudkan tingkah laku lepak
ini adalah jika remaja berkumpul dan berada di tempat-tempat awam
yang menjadi tumpuan ramai tanpa mempunyai tujuan tertentu atau
tidak melakukan sesuatu perkara khusus selain daripada berbual
kosong dan bergelak ketawa sahaja.
Negara sekarang ini sedang melalui zaman pembangunan yang
pesat. Dengan pertumbuhan ekonomi melampaui 8 peratus setahun
sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang beranggapan
bahawa negara kita telah pun berada di landasan yang kukuh untuk
menjadi sebuah negara maju. Namun perlu diperhatikan bahawa
pembangunan bukan sahaja menghebatkan dimensi ekonomi, tetapi
juga dimensi sosial dan budaya. Remaja adalah aset negara yang
penting di mana daya sumber tenaga manusia untuk masa hadapan
adalah bergantung kepada remaja masa kini.
Kemajuan sesebuah negara tidak ditentukan oleh kekuatan
tentera dan ekonominya, atau pun keindahan kota raya dan
bangunannya, tetapi oleh kesejahteraan hidup rakyatnya (UNICEF,
1993). Pembangunan sesebuah negara mestilah mengambil kira kualiti
hidup penduduknya termasuklah aspek pekerjaan, kesihatan,
pendidikan, kadar hayat, kadar kematian bayi dan sebagainya. Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa pembangunan di Malaysia telah
dapat menangani perkara tersebut dengan baik sehingga perkara
tersebut tidak menonjol sebagai agenda utama pembangunan. Di
sebaliknya, sejak akhir-akhir ini isu berkaitan perilaku remaja dan
gejala sosial yang berkaitan dengannya menarik perhatian orang ramai
dan kerajaan.
Adakah isu remaja dan gejala sosial ini suatu realiti atau sekadar
pernyataan pendapat umum setelah diberikan penonjolan yang
berlebihan dalam media? Media sering melaporkan tentang penagihan
dadah, lepak, bohsia, lumba motor, lari dari rumah, mengandung
sebelum kahwin, ponteng sekolah, hubungan seks sebelum kahwin dan
sebagainya. Begitu juga media mempopularkan 'budaya' hippies, punks,
rokers, heavy metals dan lain-lain. Penonjolan berita tersebut yang ada
ciri-ciri kontroversi sudah tentu mencetuskan perbincangan di kalangan
orang ramai.
Pepatah Inggeris mengatakan, Beauty is in the eyes of the beholder.
Begitu jugalah dengan isu gejala sosial di kalangan remaja. Remaja
tidak menganggap diri mereka bermasalah dan menimbulkan gejala
sosial. Tetapi orang dewasalah yang melabelkan remaja sebagai
bermasalah. Ini disebabkan orang dewasa melihat sesuatu tingkah laku
remaja itu dari kaca mata dirinya, tidak dalam konteks hidup remaja
hari ini. Ukuran yang sering digunakan adalah zaman remaja orang
dewasa itu sendiri. Jika anak muda melampaui batasan nilai dan
norma orang dewasa, maka remaja itu dianggap bermasalah.
Tingkah laku lepak dan gejala sosial
Kajian tingkah laku lepak di kalangan remaja menunjukkan secara
purata remaja menghabiskan masa sebanyak 16.3 jam seminggu
membuang masa berkumpul dan berbual kosong dengan rakan sebaya
di tempat-tempat awam (Samsudin et. al., 1994). Kadar ini lebih
menonjol di kawasan luar bandar iaitu di kawasan pembangunan tanah
FELDA (28.4 jam) dan kampung tradisional (22.4 jam). Dalam masa
setahun dianggarkan remaja akan menghabiskan 847.6 jam melepak
iaitu bersamaan dengan 35 hari.
Tingkah laku lepak ini adalah lebih ketara di kalangan mereka
yang datang daripada keluarga yang berpendapatan dan berpendidikan
rendah (54 peratus ibu bapa berpendapatan RM700 dan 71 peratus ibu
bapa berkelulusan sekolah rendah). Kestabilan hubungan kekeluargaan
juga mempengaruhi saiz lepak di mana remaja yang mempunyai
kestabilan hubungan keluarga yang tinggi (15.4 jam) secara relatif
kurang melepak daripada mereka yang mempunyai kestabilan
hubungan keluarga yang rendah (19.5 jam).
Jika ditinjau faktor diri remaja itu sendiri didapati mereka yang
menganggap dirinya berprestasi rendah dalam pelajaran atau pekejaan
(26.3 jam) menunjukkan saiz lepak yang secara relatif lebih tinggi
daripada mereka yang mempersepsikan diri mereka sebagai berprestasi
tinggi (17 jam). Umur juga mempengaruhi saiz lepak di mana remaja
berumur 12-15 tahun melepak sebanyak 14.4 jam berbanding dengan
remaja 22-25 tahun yang melepak sebanyak 18.5 jam. Jika faktor umur
dan prestasi diri diambil kira, remaja berumur 23-25 tahun yang
berprestasi rendah menunjukkan saiz lepak yang paling tinggi iaitu 36.1
jam.
Remaja lepak juga didapati rendah dari segi orientasi tugas
(keinginan untuk melaksana dan menyempurnakan tugas) berbanding
dengan orientasi diri (keinginan untuk mendapat ganjaran dan
penghargaan) dan orientasi interaksi (keinginan untuk bersosialisasi dan
mendapat penerimaan rakan sebaya). Diperingkat awal remaja (12-15
tahun) didapati remaja mempunyai orientasi tugas yang lebih tinggi
berbanding dengan remaja yang berumur 23-25 tahun. Dilihat dari segi
etnik, remaja Melayu daripada keluarga berpendapatan kurang RM1,050
sebulan mempunyai orientasi tugas yang lebih rendah daripada remaja
India dan Cina. Remaja Melayu juga didapati lebih inginkan
pengiktirafan (orientasi diri) berbanding dengan remaja Cina dan India.
Tidak ada perbezaan yang signifikan antara etnik dari segi orientasi
interaksi.
Bolehlah dikatakan bahawa masalah lepak di kalangan remaja
berpunca daripada kedudukan sosio-ekonomi keluarga yang
mempengaruhi tanggapan remaja terhadap prestasi dirinya. Begitu juga
nilai yang dipegang oleh remaja. Seramai 73 peratus mengatakan
mereka melepak kerana hendak berjumpa kawan-kawan, 68 peratus
menganggap melepak bukan aktiviti membuang masa, 62 peratus
menganggap melepak sebagai trend remaja masa kini dan 52 peratus
menganggap melepek sebagai cara untuk menghilangkan kerungsingan.
Suasana persekitaran tempat awam adalah faktor tarikan utama
mendorong remaja melepak. Seramai 54 peratus remaja menyatakan
tempat tersebut ada menyediakan hiburan sementara 53 peratus
menyatakan terdapat suasana nyaman di tempat berkenaan. Faktor
kekeluargaan seperti ibu bapa tidak melarang (47 peratus) dan kurang
sedar tentang tanggungjawab agama (47 peratus) juga merupakan faktor
yang mendorong remaja melepak.
Faktor latar belakang keluarga dan juga nilai diri banyak
mempengaruhi remaja untuk melepak. Ini mungkin disebabkan remaja
tidak mempunyai bimbingan yang sesuai untuk menentukan hala tuju
hidupnya. Tidak dapat dinafikan zaman remaja adalah zaman yang
penuh pancaroba. Kajian tingkah laku remaja juga mendapati
kebanyakan remaja tidak mempunyai role model yang boleh mereka
teladani. Selain daripada tokoh politik (38 peratus) yang menjadi role
model (itu pun terhad kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohammed, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
Bekas Timbalan Perdana Menteri Encik Ghafar Baba), role model lain
yang diteladani oleh remaja adalah ibu bapa (15 peratus), penyanyi,
pelakon, personaliti TV (6 peratus), ahli sukan (2 peratus), guru (2
peratus), tokoh perniagaan (2 peratus) dan tokoh budaya (0.4 peratus).
Adakah aktiviti yang dilakukan oleh remaja sewaktu melepak
menunjukkan kecenderungan melakukan aktiviti devian? Kebanyakan
remaja menyatakan mereka melepak sekadar berjumpa kawan, bersiarsiar,
berehat, mencari ketenangan, melepaskan rasa bosan melihat
gelagat orang lain atau mendapatkan hiburan. Kenyataan tersebut
menunjukkan secara terbuka remaja tidak melakukan apa-apa aktiviti
yang dianggap devian atau sumbang.
Dalam konteks yang sama remaja juga ditanya adakah mereka
mempunyai kawan-kawan yang melakukan aktiviti devian, didapati 71
peratus mengatakan mereka mempunyai kawan yang merokok, 40
peratus yang menonton video lucah, 39 peratus membaca majalah
lucah, 18 peratus telah mengadakan hubungan seks sebelum kahwin,
25 peratus berjudi, 25 peratus meminum minuman keras, dan 14
peratus mengambil dadah. Remaja yang secara relatif lebih banyak
mempunyai kawan yang bertingkah laku devian adalah remaja yang
telah bekerja dan juga remaja yang menganggap dirinya berprestasi
lemah.
Kecenderungan untuk memberikan perhatian kepada isu lepak ini
ada kaitannya dengan kebimbangan orang ramai dan juga kerajaan
terhadap kes-kes deviain yang melibatkan remaja. Kes jenayah yang
melibatkan remaja dilaporkan semakin meningkat. Menurut laporan
polis, daripada 1,770 tangkapan juvenil pada tahun 1990 telah
meningkat kepada 2,036 kes sehingga November 1994. Begitu juga
dengan kes remaja lari dari rumah. Pada tahun 1990 jumlahnya adalah
1, 578 kes dan telah meningkat kepada 2,267 kes pada tahun 1993.
Daripada jumlah tersebut, 58 peratus (1,318 kes) melibatkan remaja
Melayu, 18 peratus (407 kes) melibatkan remaja Cina dan 24 peratus
(542 kes) melibatkan remaja India dan lain-lain etnik. Antara Januari
hingga Oktober 1994 pula didapati 34 kes membuang bayi dilaporkan.
Angka ini menunjukkan peningkatan berbanding pada tahun 1988
dimana hanya 5 kes yang dilaporkan.
Menurut laporan Badan Petugas Anti Dadah, Kementerian Dalam
Negeri, sekarang ini terdapat lebih kurang 180,000 penagih dadah yang
berdaftar. Menurut satu pendapat bahawa untuk setiap satu penagih
yang melaporkan diri akan terdapat 3 lagi penagih yang tidak berbuat
demikian. Jika angka ini diterima, jumlah penagih di Malaysia tidak
kurang daripada 500,000 orang. Ini adalah satu angka yang
membimbangkan kerana sebahagian besarnya melibatkan remaja.
Kajian di barat menunjukkan bahawa di antara mereka yang menagih
dadah bermula dengan menghisap rokok. Kempen anti merokok yang
telah dijalankan nampaknya kurang memberi kesan kerana remaja
masih lagi menganggap merokok adalah satu cara untuk menunjukkan
kematangan diri mereka.
Remaja dan pendedahan media
Media massa dikatakan mempunyai pengaruh terhadap pembentukan
realiti sosial remaja. Media dianggap sebagai jendela dunia untuk
remaja kerana melaluinya remaja dapat melanjutkan jangkauan
pengalamannya yang terhad kepada dunia luar. Oleh kerana
pengalaman yang terhad, remaja berkemungkinan menerima imej media
tentang sesuatu isu sebagai satu realiti. Pengalaman daripada budaya
media inilah yang akan mempengaruhi remaja dari segi gaya hidup,
hubungan seks, pemilihan pakaian, hubungan rakan sebaya,
penggunaan dadah dan minuman keras dan lain-lain peri laku berkaitan
hidup seorang remaja.
Kajian-kajian di barat mengakui bahawa remaja menggunakan
televisyen untuk membuat ketentuan tentang sesuatu situasi yang mana
mereka tidak mempunyai pengalaman secara langsung (Hawkins dan
Pingree, 1982). Kajian di barat juga menunjukkan bahawa televisyen
mengambarkan realiti sosial yang amat berbeza dengan realiti
sebenarnya. Mereka yang mempunyai pendedahan televisyen yang
tinggi akan terpengaruh dengan realiti yang dipaparkan oleh televisyen
disebabkan kesan penyuburan dalam jangka masa yang lama (Gerbner
dan Gross, 1976 dan Gerbner et. al., 1980).
Thornton dan Voigt (1984) juga mendapati terdapat hubungan di
antara remaja daripada klas sosio-ekonomi rendah dengan pendedahan
yang tinggi kepada rancangan televisyen yang bercorak ganas dan
keterlibatan mereka dalam kesalahan juvana. Walau bagaimanapun
perlu diberikan perhatian bahawa remaja juga mempunyai skemata
yang boleh membuat tafsiran realiti sosialnya. Dengan itu kesan media
massa terutamanya televisyen perlu dilihat dalam konteks keupayaan
memproses maklumat, sistem kepercayaan, pengalaman lalu, rujukan
sosial seperti rakan sebaya, hubungan kekeluargaan dan sejauh mana
kritikalnya remaja terhadap imej media yang diterimanya.
Dari segi pendedahan media di kalangan remaja yang melepak
(Samsudin et.el., 1994), didapati bahawa majoriti remaja meminati
rancangan bercorak hiburan. Majalah seperti Gila-Gila, URTV, Remaja,
Roda-Roda, Humor, Varia Sari, Smashit dan Pesta lebih diminati daripada
majalah seperti Dewan Masyarakat atau Siswa..
Di kalangan mereka yang berprestasi lemah, minat terhadap
rancangan hiburan dalam TV adalah lebih tinggi (62 peratus) berbanding
dengan pendedahan kepada rancangan lain (seperti berita 23 peratus,
agama 16 peratus dan sukan 37 peratus). Jika dilihat di kalangan
remaja yang mempersepsikan diri mereka sebagai berprestasi tinggi,
pendedahan kepada rancaugan TV adalah lebih seimbang (49 peratus
meminati rancangan hiburan berbanding dengan 57 peratus berita, 46
peratus agama dan 51 peratus sukan).
Satu perkara yang perlu kita akui ialah program import pada
umumnya memaparkan nilai yang tidak sejajar dengan nilai dan budaya
tempatan. Masyarakat Amerika sendiri menolak nilai yang dipaparkan
melalui televisyen mereka. Di sana konsep program televisyen yang
bercorak edutainment atau infotainment kurang diberikan perhatian
kerana stesen televisyen utama adalah bersifat komersial. Justeru itu,
program televisyen juga lebih mementingkan nilai komersial kerana
program sedemikian akan dapat menarik rating penonton yang tinggi
dan kutipan yang maksimum daripada iklan. Tidak dapat dinafikan
bahawa program edutainment ada kesan positifnya. Misalnya program
Roots dan Roots: The Next Generation yang disiarkan melalui stesen
komersial telah meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu etnik
dan prasangka antara etnik (Ball-Rokeach, Grube, dan Rokeach, 1981).
Begitu juga dengan program Hum Log telah dapat meningkatkan
kesedaran di kalangan penonton di India tentang status wanita,
perancang keluarga dan pembentukan peribadi dan moral (Singhal dan
Rogers, 1989).
Lagu-lagu pop juga ada kalanya tidak memberikan pengaruh yang
baik. Bergantung kepada individu, ada kalanya mereka suka
memberikan tumpuan kepada melodi dan ada kalanya pula tumpuan
diberikan kepada lirik sesebuah lagu. Analisis isi kandungan lagu-lagu
popular menunjukkan bahawa ada unsur-unsur positif dan negatif yang
dipaparkan melalui lagu-lagu berkenaan (Samsudin, 1995).
Di antaranya ialah lagu Top 10 yang disiarkan oleh Radio 4 antara 31
Julai hingga 21 Ogos 1994 iaitu lagu Drop Dead Beautiful oleh kumpulan
Six Was Nine. Di antara lirik lagu berkenaan adalah:
Oh! I don't want to take my bestftiend's baby but
She's drop dead beautiful
Is it right? Is it wrong?
I've been good all my life
I've been good but baby tonite
We're gonna get arrested by a piece of love
But I see it in your eyes we're committing no crime
You are nude so how can we be still ............
Lagu ini mengisahkan tentang pemuda yang jatuh hati kepada
kekasih rakan baiknya. la menggambarkan wanita sebagai loose-sexobject
yang akhirnya menyerahkan diri kepada orang lain walaupun
telah mempunyai kekasih sendiri.
Satu lagi lagu pop yang tersenarai sebagai 14th Best Selling Album
di kedai muzik Salem Power House adalah lagu Sleeping In My Car oleh
Roxette. Liriknya seperti berikut:
Sleeping in my car ........ I will undress you
Sleeping in my car ........ I will caress you
Staying in the back........seat of my car making up
So come out tonite......... I'll take you for a ride
Sleeping in my car .......staying in the back seat of my car
making love
Sleeping in my car ........ I will possess you
Lagu ini jelas membawa tema seks yang mungkin menjadi lumrah
dalam kehidupan barat yang liberal. Komen pembantu penyelidik: This
song must be banned With its catchy melody it could get into the heads of
youngsters who lacks moral values and too liberated
Pengawasan keluarga dan orientasi remaja
Pengaruh keluarga juga penting dalam isu remaja. Menurut UNICEF
(1993), tekanan ekonomi dan susutan nilai wang ini juga menyebabkan
suami lebib banyak menghabiskan masa bekerja sekurang-kurangnya
10 jam sehari. Akibatnya kanak-kanak kurang mendapat masa bersama
keluarga.
Pada tahun 1992, masa untuk kanak-kanak di Amerika Syarikat dapat
bersama ibu bapa mereka adalah kurang 10-12 jam seminggu
berbanding pada tahun 1960. Akibatnya ibu bapa tidak mempunyai
banyak masa untuk melihat anak-anak mereka membesar dan juga
membimbing mereka dari segi pembangunan emosi.
Tekanan dalam kehidupan keluarga ini telah mula menonjol, di
mana kebanyakan negara maju telah mengalami peningkatan dalam
masalah keciciran sekolah, prestasi rendah dalam sekolah,
penganiayaan kanak-kanak sama ada fizikal atau seksual, tingkah laku
ganas dan membunuh diri di kalangan remaja, penagihan arak dan
dadah, dan juga dari segi ketidak puasan, lemah semangat, dan
kehampaan. Inilah akibat yang terhasil dalam rumahtangga dan
komuniti yang bukan miskin dari segi kewangan, tetapi disebabkan
tekanan ke atas kehidupan berkeluarga dan hubungan kekeluargaan.
Di Malaysia, remaja yang melepak pada keseluruhannya
menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai masalah dengan keluarga
mereka. Hubungan antara remaja dan ibu bapa mereka adalab stabil.
Sejumlah 83 peratus menyatakan mereka selesa bersama keluarga, 83
peratus juga menyatakan ibu bapa menghormati mereka dan 74 peratus
bersetuju bahawa ibu bapa menerima kehadiran mereka dengan baik.
Tambahan pula, 94 peratus menyatakan bahawa mereka tetap
menyayangi keluarga mereka walau pun ada kalanya mereka
menghadapi masalah dalam hubungan kekeluargaan.
Di antara aspek yang remaja menyatakan mereka kurang
mendapat perhatian keluarga adalah 75 peratus menyatakan ibu bapa
tidak ambil tahu dengan siapa mereka berkawan, 89 peratus
menyatakan ibu bapa tidak memberi dorongan untuk masa depan, 79
peratus keliru dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh ibu
bapa untuk mereka dan 86 peratus menyatakan mereka tidak
mempunyai kemesraan dalam keluarga.
Jika dilihat data di atas jelas menunjukkan bahawa walaupun
tidak terdapat keretakan dalam keluarga remaja yang melepak tetapi
ramai juga di antara remaja yang mengakui bahawa mereka kurang
mendapat dorongan, kemesraan dan juga pengawasan yang lebih ketat
daripada ibu bapa mereka.
Samsudin (1993) dalam kajian remaja di rumah pangsa di Kuala
Lumpur mendapati hubungan peribadi yang rendah di antara ibu
Melayu dengan anak remaja mereka berbanding dengan ibu Cina dan
ibu India. Walaupun ibu Melayu menyatakan mereka mempunyai
komunikasi ibu-anak yang tinggi, tetapi anak remaja mereka
menganggap komunikasi ibu-anak adalah lebih rendah daripada yang
disangkakan oleh ibu mereka.
Walaupun ibu bapa mempunyai harapan yang tinggi terhadap masa
depan anak remaja mereka, tidak ramai ibu bapa yang dapat membantu
anak remaja mereka terutamanya tentang perkara yang berkaitan
dengan pelajaran di sekolah. Remaja menyatakan mereka kurang
berbincang dengan ibu bapa mereka tentang kerja sekolah, masa depan
dan juga keupayaan akademik mereka. Dengan tahap pendidikan ibu
bapa yang rendah, adalah tidak mungkin mereka dapat membantu
dalam kerja sekolah dan membantu memperbaiki keupayaan akademik
anak remaja mereka.
Samsudin (1995) mendapati bahawa remaja yang tinggal di bandar
dan pinggir bandar juga lebih banyak berbincang dengan rakan sebaya
tentang masalah persekolahan mereka (min 2.6) berbanding dengan ibu
(min 2.3) dan bapa (min 2. 1). Begitu juga rakan sebaya (min 2.2)
merupakan sumber utama untuk membincangkan perasaan emosi
berkaitan dengan teman lelaki atau teman wanita berbanding dengan
ibu (min 1.7) dan ayah (min 1.5). Walaupun begitu remaja masih
merujuk kepada ibu bapa untuk penentuan nilai moral (min ibu 2.5,
min ayah 2.3, dan min rakan 2.2).
Anak-anak yang kurang mendapat bimbingan ibu bapa
berkemungkinan akan memberi perhatian kepada agen sosialisasi lain
untuk mendapat bimbingan hidup. Tidak dapat dinafikan bahawa salah
satu aspek proses sosialisasi adalah untuk membentuk realiti sosial
melalui pengalaman dengan keluarga, sekolah, rakan sebaya, tempat
kerja dan juga media massa. Realiti sosial merujuk kepada makna,
nilai, sikap, norma, dan juga tingkah laku sebagai asas untuk interaksi
sosial. Dalam konteks ini remaja akan membentuk realiti sosialnya
dengan memerhati fenomena sosial dan melibatkan diri dengan
berinteraksi bersama agen sosialisasi dalam persekitarannya. Justeru
itu, realiti sosial adalah khusus untuk remaja berkenaan kerana ia
terbentuk hasil tafsiran remaja berkenaan.
Menurut Peterson dan Peters (1983), realiti sosial adalah hasil
pemerhatian dan penafsiran terhadap peristiwa dalam persekitaran
sosial (seperti televisyen) atau interaksi dengan orang lain (seperti rakan
sebaya).
Seperti yang pernah dinyatakan diperingkat awal bahawa remaja
adalah remaja yang akan melalui tahap tahap perkembangan
remajanya. Perwarnaan hidup remaja akan diacu dengan pesekitaran
yang wujud dalam perkembangan diri remaja berkenaan. Justeru itu
remaja yang terbimbing hidupnya dari segi peluang, kebendaan dan juga
emosinya akan lebih berdaya untuk melawan rangsangan yang
mengheretnya kepada perkara perkara devian berbanding dengan
remaja yang kurang terbimbing terutama daripada keluarga mereka
sendiri.
Remaja dalam kajian lepak juga menunjukkan bahawa pada
umumnya mereka mempunyai onentasi interaksi dan orientasi diri yang
tinggi berbanding dengan orientasi tugas. Maksudnya remaja lebih suka
meluangkan masa berinteraksi terutama dengan kawan-kawan untuk
bertukar fikiran dan juga mendapat identiti diri. Begitu juga sebagai
insan biasa adalah mementingkan diri sendiri daripada memberikan
ruang kepada orang lain. Walau bagaimapun, remaja secara relatif
mempunyai orientasi tugas yang rendah iaitu melaksana dan
menyempurnakan tugas. Lebih meningkat umur seseorang remaja itu
semakin menurun orientasi tugasnya. Tetapi peningkatan umur
menunjukkan lebih meningkat orientasi diri.
Keadaan ini menunjukkan bahawa remaja akan lebih
mementingkan pengitirafan daripada orang lain apabila umur mereka
meningkat, tetapi sebaliknya keperluan pengiktirafan itu tidak selaras
dengan penurunan keinginan melaksana dan menyempurnakan tugas.
Bolehlah dikatakan bahawa remaja lebih berkurangan keinginan
memikul tanggungjawab apabila umur mereka meningkat tetapi
sebaliknya ingin lebih berkeinginan mendapatkan pengiktirafan
daripada orang lain.
Sekilas pandang tidak dapat dinafikan remaja hari ini kurang
memikul tanggungjawab berbanding dengan remaja satu genarasi yang
lalu. Remaja generasi lalu terpaksa memikul tanggungjawab bersama
keluarga bagi menyara hidup keluarga. Remaja pada generasi lalu
kebanyakannya datang daripada kelas bawahan.
Justeru itu mereka terpaksa membantu keluarga dalam pelbagai kerja
untuk menambahkan pendapatan keluarga. Jika tidak bekerja di luar
rumah mereka sentiasa merasa pahit getir hidup memandangkan
kedudukan keluarga yang serba kekurangan. Tekad untuk keluar
daripada putaran kemiskinan itu mungkin serba sedikit menguatkan
ketabahan remaja menghadapi liku-liku hidup dan meggenggam citacita
untuk berjaya pada suatu hari nanti.
Keadaan untuk remaja generasi ini berbeza pula. Tidak dinafikan
masih ada yang datang daripada keluarga yang miskin. Namun begitu
rata-rata pembangunan ekonomi yang pesat telah mengubah retak
hidup masyarakat umum. Kemunculan kelas menengah dan taraf hidup
yang lebih baik untuk kelas bawahan membolehkan keluarga
menanggung kehidupan tanpa banyak bantuan anak-anak. Begitu juga
kemudahan-kemudahan yang ada di sekeliling seperti kompleks
membeli belah, pusat rekreasi, arked video, keselesaan menonton
televisyen dan video selain daripada kemampuan ibu bapa mencorakkan
remaja pada masa kini yang ada kalanaya alpa dengan tanggungjawab
mereka kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Di Amerika Syarikat, anak-anak yang dilahirkan dalam tahun
1950an mempunyai segala kemudahan untuk mencapai American Dream
mereka. Keadaan ekonomi mereka adalah baik dan mereka boleh
membuat perancangan untuk membesarkan keluarga mereka dengan
pendidikan yang baik serta memiliki sebuah rumah untuk keluarga
mereka. Keadaan masa kini sudah berubah. Dengan kemelesetan
ekonomi Amerika Syarikat, telab muncul satu generasi yang dinamakan
Generation X yang dilengkongi dengan kehidupan penyalahgunaan
dadah, sistem pendidikan yang semakin tenat, masalah alam sekitar,
prospek ekonomi yang meleset, dan juga kadar kejayah yang semakin
meningkat. Mereka kecewa dengan American Dream yang dirasakan
tidak mungkin tercapai. Mereka juga kecewa dengan struktur sokongan
yang semakin rapuh seperti pemimpin politik, kerajaan dan juga ibu
bapa mereka.
Remaja di Malaysia mungkin bernasib baik kerana keadaan
ekonomi negara berkembang dengan pesat dan memungkinkan
keselesaan hidup untuk mereka sekeluaraga. Perkembangan ini
sepatutnya memberikan keyakinan kepada remaja kita tentang masa
depan yang semakin cerah untuk mereka berbanding dengan alam
remaja ibu bapa mereka.
Walau bagaimanapun, gejala sosial yang terdapat di Malaysia pada masa
kini tidak menggambarkan keyakinan dan keghairahan remaja untuk
menghadapi masa depan yang lebih terjamin. Keadaan remaja di
Malaysia lebih menggambarkan kekecewaan Generation X yang wujud di
Amerika Syaikat.
Jika dilihat dengan lebih dekat lagi, perkembangan ekonomi yang
pesat telah mengubah corak hidup keluarga. lbu mereka lebih banyak
menghabiskan masa di luar rumah, bukan kerana desakan pendapatan
yang tidak cukup, tetapi lebih untuk meningkatkan jumlah pendapatan
keluarga untuk memenuhi keperluan material yang semakin menjadi
status keselesaan hidup sekarang ini. Dengan itu anak remaja hidup
sendirian dan tersisih sebahagian besar daripada perkembangan hidup
hariannya daripada ahli keluarga terutama ibu bapa. Tidak dapat
dinafikan bahawa secara umum, anak-anak membesar dalam keadaan
lebih terdedah kepada rakan sebaya, pengasuh dan juga maklumat
daripada media massa.
Program Rakan Muda dan Remaja
Untuk menangani isu lepak di kalangan remaja ini, Kementerian Belia
dan Sukan telah memperkenalkan Program Rakan Muda. Program ini
menampilkan 11 gaya hidup yang boleh diikut serta oleh remaja
berdasarkan minat dan keupayaan mereka. Sejak dilancarkan pada
Oktober 1994, program Rakan Muda telah berjaya menerima 1.2 juta
permohonan imtuk mengikuti aktiviti Rakan Muda daripada 850,000
remaja. Konsep Rakan Muda dari segi idealnya adalah untuk
mewujudkan pelbagai aktiviti yang terancang untuk remaja yang kelak
menjadi wahana mencungkil potensi sebenar diri remaja agar mereka
penuh yakin kepada potensi diri selaras dengan moto Rakan Muda Yakin
Boleh!
Laporan prestasi program Rakan Muda (KBS, 1995) menunjukkan
bahwa di antara aktiviti yang menarik minat remaja adalah aktiviti
berkaitan dengan rekreasi, pertahanan diri, sukan dan alam sekitar.
Namun begitu aktiviti seperti keusahawanan, meningkatkan kemahiran,
dan penciptaan kurang mendapat sambutan daripada remaja. Walau
pun sambutan remaja terhadap program Rakan Muda adalah
menggalakkan, tetapi sedikit sebanyak kredibiliti program ini terjejes
kerana pihak kementerian tidak mempunyai sokongan logistik yang
secukupnya di peringkat akar umbi untuk melayani kesemua
permintaan daripada remaja.
Ada pula yang bertanya, apakah yang terjadi kepada remaja yang
bermasalah? Sudahkah mereka menyertai aktiviti Rakan Muda? Ada
pula yang mula menyangsikan keupayaan program Rakan Muda untuk
terus memukau imaginasi remaja kerana setelah menimbulkan
harapan yang memuncak hasil daripada promosi yang begitu menonjol
bertukar ganti kepada kekecewaan yang memuncak kerana program
berkenaan tidak dapat menangani masalah yang menjadi asas untuk
mewujudkan program Rakan Muda. Perkara ini telah pun disedari oleh
pihak Kementerian dimana untuk tahun 1996 program Rakan Muda
akan memberi tumpuan kepada remaja berumur antara 18-25 tahun
yang berada di luar sistem persekolahan. Maksudnya, tumpuan akan
diberikan kepada sasaran asalnya yakni remaja yang bermasalah.
Sehingga Oktober 1995 sejumlah RM16.2 juta telah dibelanjakan
untuk menggerakan 6,571 aktiviti Rakan Muda. Pembangunan sosial
terutama pembangunan remaja memerlukan peruntukan yang tinggi.
Seolah-olah masalah remaja di negara ini hanya perlu ditangani oleh
kerajaan. Di manakah tanggungjawab ibu bapa dalam membimbing
anak-anak mereka ke arah pembangunan yang sihat? Rakan Muda
perlu dijadikan program penyertaan masyarakat atau community
participation programmme. Maksudnya, masyarakat setempat mengenal
pasti masalah anak remaja mereka dan menentukan apakah aktiviti
yang perlu untuk menanganinya. Peruntukan kewangan juga boleh
diusahakan oleh masyarakat setempat. Ini disebabkan masalah dan
punca remaja adalah berbeza mengikut tempat. Justeru itu cara
penyelesaiannya juga perlu berbeza. Adalah mustahil untuk kita
bergantung kepada kerajaan untuk menangani isu remaja. Setiap
perkampungan atau taman perumahan sudah tentu mempunyai
masalah dan kemudahan yang berlainan. Untuk menangani isu remaja
ini masyarakat tempatan perlu tampil melibatkan diri. Dengan itu
setiap komuniti mempunyai keupayaan menangani masalahnya sendiri
tanpa bergantung kepada orang luar. Penglibatan masyarakat yang
menyeluruh adalah penting dalam usaha untuk mencegah isu remaja
lepak dan salah laku yang lain. Menurut Askew, McDonald dan Lenton
(1986):
Community participation is the educational dan empowering process
in which people, in partnership with those able to assist them, identify
problems and needs and increasingly assume responsibility themselves in
plan, manage, control and assess the collective actions that are proved
necessary.
Jika remaja adalah aset negara, perlu juga kita tahu nilainya dari
masa ke semasa. Apakah dengan program Rakan Muda nanti remaja
kita akan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik daripada masa
sekarang? Adalah sukar dipastikan kerana kita tidak mempunyai
indeks untuk menentukan hala tuju pembangunan remaja bagi
menyahut cabaran pada masa akan datang. Bagaimanakah ciri
kendirinya, nilai kekeluargaan, ketaat setiaan kepada negara, toleransi
dalam masyarakat berbilang bangsa, pencapaian akademik, aspirasi diri,
pengetahuan am, pengetahuan agama dan sebagainya? Usaha
pembentukan indeks remaja dalah perlu kerana dengan adanya indeks
kita dapat melihat perubahan yang berlaku terhadap diri remaja dengan
lebih khusus lagi di masa akan datang. Seperti indeks ekonomi dan
indeks harga pengguna, indeks remaja boleh dijadikan panduan dalam
melaksanakan program pembangunan remaja mengikut landasan yang
diingini oleb negara.
Penutup
Isu remaja hari ini adalah satu manifestasi masyarakat dalam menuju
pembangunan. Tingkah laku remaja adalah satu produk masyarakat
kerana masyarakatlah yang membentuk nilai dan tingkah laku remaja
melalui agensi sosialisasi yang ada dalam pesekitaran remaja. Adakah
kita perlu menyalahkan remaja terhadap peri laku mereka? Kita sebagai
anggota masyarakat juga perlu dipersalahkan. Jika kita hendakkan
remaja kita mempunyai nilai dan tingkah laku positif bersesuaian
dengan peradaban bangsa dan agama, maka kita perlu mengubah dan
membetulkan pesekitaran remaja agar mereka mempunyai satu
pesekitaran yang membina untuk melazimkan nilai dan tingkah laku
positif Apakah nilai dan pesekitaran yang sesuai? Selalunya apa yang
dianggap makanan enak untuk seseorang dianggap sebagai racun untuk
orang yang lain. Begitulah ragam dunia!
~Lailatul Umairah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment