Saturday, 31 March 2012
Cara Menulis Karangan Fakta/Rencana
karangan Jenis Fakta/Rencana
Sekiranya anda memilih untuk membuat karangan jenis ini, pastikan ianya:
ditulis dalam bentuk format biasa
karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.
jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya
fahamkan kehendak soalan. Contohnya karangan yang bertajuk ”Tuliskan apa yang kamu tahu tentang burung…. Karangan ini mungkin disalah tasirkan sebagai burung yang murid sukai atau burng peliharaan murid.
pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk.
senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya.
setelah mengemukakan pengenalan, tulis bahagian isi
pastikan anda dapat menyediakan 4 isi
kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi
setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.
masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.
setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.
gunakan bahasa yang tepat, usah leret-leret.
Rangka karangan
Pendahuluan -
Perenggan ke-2 -
Perenggan ke-3 -
Perenggan ke-4 -
Penutup -
~Farrah Fazira
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment