Saturday, 31 March 2012
Salah Laku Penggunaan Internet
Penciptaan peralatan komunikasi canggih seperti internet pada zaman ini menjanjikan
satu era baru dalam perkem bangan penyebaran maklumat. Penggunaan internet dapat
memantapkan proses pencarian ilmu dan informasi seperti pendidikan, pekerjaan,
hiburan, kewangan dan sebagainya (President’s Working Group, 2000). Selain itu,
teknologi terbaru ini sememangnya juga akan memudahkan dan mempercepatkan proses
komunikasi .
Tidak keterlaluan jika dikatakan dunia perniagaan hari ini banyak bergantung kepada
internet untuk membolehkan atau melancarkan proses urusan perniagaan harian.
Penggunaan komputer yang meluas menjadi pemangkin kepada peru bahan ini khususnya
dalam proses perniagaan.
Namun demikian, kawalan yang kurang ketat daripada pihak atasan serta kesenangan
untuk melayari internet telah membolehkan sesetengah pihak yang tidak
bertanggungjawab menyalahgunakan kemudahan tersebut. Penghantaran bahan-bahan
seksual dan lucah seperti gambar atau visual, teks dan sebagainya melalui internet
semakin menjadi-jadi. Fenomena ini telah menyebabkan wujud apa yang dikenali sebagai
gangguan seksual elektroni k atau e-harassment (Towns, 2000).
Dalam bidang akademik pula, perbuatan plagiarisme di kalangan para pelajar
semakin berleluasa. Ramai pelajar pada masa kini begitu mudah ‘mencuri’ dan menciplak
karya penulis lain untuk dijadikan sebagai tugasan mereka untuk dihantar kepada
pensyarah (Auer & Kruper, 2001 & Laird, 2001). Perbuatan tidak bermoral ini timbul
lantaran terdapat begitu banyak sekali laman web yang menawarkan perkhidmatan
tersebut seperti Researchpaper. com dan Term papers-on-file. corn (Hricko, 1998).
Selain itu, perbuatan melayari laman web lucah juga dikatakan semakin meningkat
terutamanya di kalangan remaja. Keadaan bertambah buruk apabila keupayaan setiap
keluarga di Malaysia yang mampu memiliki komputer semakin bertambah sejajar dengan
usaha kerajaan mewujudkan konsep ‘ Satu Keluarga Satu Komputer’ . Kawalan yang
kurang daripada pihak ibu bapa telah memudaratkan lagi keadaan Sementara itu, kajian
yang dilakukan di Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati golongan pelajai
menjadikan laman web lucah sebagai tempat melepaskan tekanan ketika belajar (Salina.
200 1 ).
APA ITU SALAHLAKU MORAL MENERUSI INTERNET?
Salahlaku moral menerusi internet bukanlah suatu perkara baru tetapi kebelakangan
ini ia telah dibincangkan secara meluas. Artikel ini akan menumpukan kepada tiga aspek
perbincangan utama iaitu gangguan seksual di tempat kerja, kegiatan plagiarisme di
kalangan pelajar dan juga keruntuhan moral di kalangan anak-anak muda yang melayari
internet. Secara ringkasnya, salahlaku moral menerusi internet merupakan satu perbuatan
yang melanggari etika penggunaan internet dengan melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan ta!asusila dan salah di sisi undang-undang.
Gangguan seksual menerusi internet di tempat kerja merupakan salah satu bentuk
atau cabang gangguan ;eksual. Gangguan seksual menerusi internet secara umumnya
boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu:
i) gangguan seksual yang hanya berlaku di internet sahaja iaitu di alam siber.
ii) gangguan seksual di internet yang bertukar menjadi gangguan seksual di alam nyata
dan yang lebih berbentuk fizikal (Cyberangels, 1999).
Gangguan seksual menerusi internet boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya
penghantaran e-me1 yang tidak diingini oleh seseorang yang berbentuk mengancam dan
lucah kepada seseorang lain (McGraw, 1 995). Ini merupakan gangguan seksual menerusi
internet secara langsung di mana ia melibatkan sabotaj secara elektronik, iaitu
menghantar mesej lucah dalam bentukjunk e-mail kepada mangsanya atau dikenali juga
sebagai spamming (Ellison & Akdeniz, 1998). Penghantaran ini biasanya dilakukan
dengan menghantar mesej lucah kepada ratusan mangsa dan bukan hanya kepada seorang
sahaja.
Gangguan seksual menerusi internet juga boleh berlaku dalam bentuk khidmat
pesanan ringkas (SMS) melalui telefon bimbit dan chatting. Gangguan h i berlaku dalam
keadaan penghantaran pesanan serta mesej yang berunsur seksual dan perihal aktiviti
seks dengan mangsa melalui talian Internet ReZq Chat (IRC) atau Usenet (Cyberangels,
1999). Ia berlaku dalam situasi seperti seseorang bertanyakan soalan berbentuk peribadi
yang menyentuh perkara sulit yang tidak sepatutnya disoal. Antaranya ialah mengenai
bentuk fizikal badan ataupun kegiatan seks pasangannya (Bell, 1999). Manakala
CyberstaZking pula merupakan bentuk gangguan yang tidak langsung yang merujuk
kepada penggunaan internet, e-me1 atau alat komunikasi elektronik lain untuk
mengganggu pengguna lain secara berterusan (Hatcher, 2000).
Dengan perkembangan teknologi komunikasi dan informasi, pelajar di institusi
pendidikan boleh memperolehi segala maklumat akademik yang diperlukan dengan
mudah. Internet dalam ha1 ini telah memainkan peranan yang penting dalam membantu
pelajar. Pelajar hanya perlu memasukkan alamat laman web yang diingini, maka segala
maklumat yang dikehendakinya akan terpapar pada layar komputer dengan sekelip mata.
Malangnya, kepesatan kemudahan internet telah memberi peluang kepada pelajar
melakukan plagiarisme di dunia akademik (Weiner & Whittington, 1998).
Lantaran itu, apakah yang dimaksudkan plagiarisme akademik? Menurut Love dan
Simmons ( 1998) plagiarisme akademik ialah perbuatan mengambil sesuatu karya,
pemikiran atau idea seseorang dan mengiktirafnya sebagai hasil kerja sendiri. Pelajar
hanya memuat turun karya atau idea seseorang daripada internet dan menterjemahkannya
untuk dijadikan hasil tugasan. Mengapakah perbuatan plagiarisme menerusi internet
boleh terjadi? Terdapat beberapa faktor penyumbang yang dapat dikenalpasti. Antaranya
ialah seperti kaedah ‘cut and paste ’ daripada internet didapati lebih mudah daripada
menaip semula bahaF-bahan yang diperoleh dari sumber-sumber rujukan (Zack, 1998).
Selain itu, faktor masa juga menjadi penyumbang plagiarisme kerana mencedok daripada
internet menyebabkan seseorang pelajar dapat menghabiskan tugasan yang diberi dengan
cepat (Schneider, 1999).
Selain itu, melayari laman web lucah juga dikatakan salahlaku moral menerusi
internet. Kemudahan melayari internet pada era teknologi sesungguhnya merupakan satu
perkara yang senang. In i berikutan tiada terdapat sebarang tapisan terhadap bahan- bahan
dalam internet. Fenomena ini menyebabkan ramai remaja khususnya yang dikatakan
mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi mencari laman-laman web seks untuk
memenuhi naluri tersebut.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Sehubungan dengan itu, kes salahlaku moral menerusi internet haruslah diberi
perhatian serius sebelum ia merebak dan pihak terbabit dikehendaki mengambil tindakan
tegas dalam menangani kejadian tersebut daripada bermaharajalela. Untuk itu, langkahlangkah
seperti berikut wajar diambil:
a) Gangguan seksual di tempat kerja:
i) Syarikat perlulah melaksanakan polisi untuk mencegah penyalahgunaan
ii) Syarikat juga boleh mewujudkan prosedur kekilanan berhubung dengan
perkhidmatan e-me1
gangguan seksual menerusi internet.
Selain daripada itu, para majikan juga harus bertindak lebih proaktif berkenaan
dengan masalah gangguan seksual menerusi internet (Fox, 1999). Majikan boleh
memanfaatkan mekanisme komputer untuk mengawal penerimaan e-me1 yang lucah.
Mekanisme ini termasuklah:
i) mekanisme kill file yang menghalang penghantaran mesej daripada penghantar
tertentu. Bagaimanapun, kaedah sebegini mungkin tidak sesuai untuk keadaan
tertentu apabila pengirim dan penghantar harus berhubung selalu untuk urusan kerja
rasm i .
ii) program pemantauan, yang akan memadamkan perkataan atau gambar yang tidak
disenangi dalam e-mel.
iii) prosedur mengaudit e-me1 secara rawak.
Menurut perspektif undang-undang, Seksyen 2 1 1 (i) Akta Multimedia dan
Komuni kasi 1 998'memperuntukkan :-
"Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau orang lain yang
menggunakun perkhidmatan aplikasi kandungan boleh memberikun
kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya
dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu
mana-mana orang".
Peruntukan undang-undang ini menyatakan bahawa menjadi satu kesalahan j ika
seorang individu menghantar kandungan yang dianggap tidak sesuai, lucah atau
mengancam orang lain menerusi internet. Dari segi hukuman pula, Seksyen 2 1 l(ii) Akta
Multimedia dan Komunikasi 1998 menyatakan:-
“Seseorang yang melanggar sub@) adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,OOO. 00 atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi I tahun atau kedua-duanya dan juga boleh
didenda selanjutnya RMI, 000.00 bagi setiap hari atau sebahagian daripada
sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabit. ”
Plagiarisme Akademik
Di antara langkah yang boleh diambil untuk mencegah atau mengelak dari
melakukan perbuatan salahlaku tersebut ialah seperti:
i) Pelajar harus memberi kredit atau penghargaan terhadap apa-apa idea, cadangan
atau teori yang diambil menerusi internet. Selain itu, pelajar juga dikehendaki
membuat petikan terhadap setiap penulisan atau idea penulis asal
(www.indiana.edul-wts/wts/plagiarism.html). .
ii) Para pensyarah haruslah meminta pelajarnya mengemukakan nota-nota tugasan,
draf serta rangka tugasan (Bruno, 2001). Selain itu, pelajar juga dikehendaki
mengepilkan senarai bahan rujukan yang telah digunakan semasa membuat
sesuatu tugasan.
Melayari laman web lucah
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencegah gejala buruk ini berterusan.
Lantaran itu, kawalan dan pemantauan haruslah ketat agar anak mereka tidak berpeluang
melayari laman web seks pada ketika ibu bapa tiada di rumah. Ini dapat dilakukan dengan
memasukkan kata kekunci pada komputer di rumah tanpa diketahui anak-anak. Di
samping itu, kesedaran individu amat penting kerana kecenderungan melakukan
perbuatan tersebut akan mempengaruhi individu untuk melakukan jenayah seksual
(Kingsmill, 1997). Pegangan agama yang kuat dalam sanubari juga harus ditekankan.
KESIMPULAN
Salahlaku moral menerusi internet perlu dipandang serius oleh semua pihak. Dengan
perkem bangan teknologi internet yang begitu pesat, pengguna haruslah sent iasa ingat
bahawa kegunaan internet untuk tujuan yang memanfaatkan dan bukan sebaliknya. Oleh
yang demikian, adalah penting pengguna-pengguna internet menyemai dan memupuk
kesedaran dalam diri masing-masing terhadap penggunaan internet yang betul. Sekiranya
setiap pengguna mempunyai sifat sebegitu, maka salahlaku moral menerusi internet akan
dapat dibendung. Selain itu, pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa dan
pensyarah bolehlah juga mendidik anak-anak atau pelajar-pelajar mereka tentang etika
penggunaan internet yang betul bagi mem banteras perbuatan salahlaku moral menerusi
internet.
~Farrah Fazira
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
thanks
ReplyDelete