Sunday 1 April 2012

Tips Menjawab Soalan Pemahaman

BAHAGIAN A (ii) PEMAHAMAN [Masa yang dicadangkan : 10 minit] [10 markah] 1. Perkara penting dalam pemahaman. Memerhatikan huruf condong maksud perkataan / rangkai kata. Sebagai petikan sebahagian daripada soalan pemahaman dan KBKK. 2. Menjawab dengan ayat yang lengkap. Sebaik-baiknya SATU isi dalam SATU ayat. 3. Gunakan sebahagian soalan sebagai jawapan. 4. Ambil kira peruntukan markah. Soalan pemahaman teks jika isi mudah dan banyak (1m), jika isi sikit dan sukar (2m). Manakala soalan KBKK yang memerlukan isi dan sedikit huraian (2m). Bergantung kepada skema !!! 5. Gunakan penanda wacana yang sesuai. (selain itu, seterusnya) Contoh : 1. Berikan maksud rangkai kata mengisi kekosongan.[2 markah] Maksud rangkai kata mengisi kekosongan ialah memenuhi keperluan. (sila uji jawapan anda dalam teks bagi melihat kesesuaian penggunaan dalam konteks) 2. Apakah yang perlu dilakukan untuk memajukan perubatan tradisional? [4 markah] Yang (Usaha) perlu dilakukan untuk memajukan perubatan tradisional ialah perubatan tradisional perlu dikaji dan dibangunkan dengan keupayaan sains dan teknologi supaya lebih berkesan. Selain itu, kajian bioteklogi mengenai ubat-ubatan tradisional ini perlu giat dijalankan dan ubat-ubatan berasakan herba wajar dikomersialkan serta dijual dengan harga yang rendah. (soalan pemahaman teks ; isi terdapat dalam teks) 3. Pada pendapat anda, mengapakah semakin ramai rakyat negara kita menghidap penyakit kronik? [4 markah] Pada pendapat saya, semakin ramai rakyat negara kita menghidap penyakit kronik kerana faktor pemakanan yang banyak mengandungi bahan pengawet dan bahan kimia. Selain itu, amalan riadah kurang diamalkan oleh rakyat di negara ini sibuk bekerja. Seterusnya, amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan arak dan penagihan dadah turut menjadi punca. (soalan KBKK ; jawapan di luar teks / tiada dalam teks) ~Lailatul Umairah

No comments:

Post a Comment