Sunday 1 April 2012

Pengenalan Sekolah SMKSB



SMKSB


Sekolah ini berasal daripada kelas-kelas aliran Melayu di Sekolah Menengah
Sultanah Asma, Alor Setar dan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan untuk
pelajar-pelajar perempuan yang mula-mula sekali ditubuhkan di Kedah.
Pada tahun 1964, sekolah ini telah diberi nama “Sekolah Menengah Kebangsaan
Perempuan”,Alor Setar, selepas dipisahkan daripada Sekolah Menengah Sultanah
Asma, walaupun masih menumpang bangunan sekolah tersebut.
Guru besar yang pertama ialah Puan Aishah Hanum Dadameah, PJK, guru-guru pada
masa itu seramai 26 orang, sementara pelajarnya berjumlah 625 orang. Jumlah
kelas pada masa itu ialah 16 buah kelas. Pada 25 September 1966, sekolah ini
telah berpindah ke bangunan barunya sendiri di Jalan Sultanah(Jalan Day)Alor
Setar. Reka bentuk bangunan ini adalah berlainan daripada biasa kerana
arkiteknya ialah seorang ahli ‘Peace Corp’ dari Amerika Syarikat.
Bangunan ini terdiri daripada 4 buah bangunan 2 tingkat mengandungi 16 buah
bilik darjah, 2 bilik makmal Sains, sebuah bilik masakan, jahitan, Seni Lukis,
Ilmu Alam dan Alat Pandang Dengar. Bangunan asrama boleh memuatkan kira-kira 100
orang murid bersambung dengan kantin sekolah. Alat dan kelengkapan yang
disediakan adalah memuaskan. Bagaimanapun bilik-bilik darjah tidak mencukupi dan
sekolah terpaksa diadakan 2 sessi.
Pada 26-10-1995, sebuah bangunan baru telah dibina. Rumah guru juga dibina
berdekatan dengan bengkel. Dewan sekolah telah siap dibina dan dirasmikan oleh
KDYMM Sultan Kedah Darul Aman pada 24-7-1996.
~Farrah Fazira

No comments:

Post a Comment