Sunday 1 April 2012

Nur Suryani Atlet Terbaik 2011!

NUR SURYANI ATLET TERBAIK 2011!
Penembak wanita kebangsaan Nur Suryani binti Mohd Taibi terpilih sebagai Atlet Terbaik 2011,dalam Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus yang diumumkan pada 26 Februari lepas.
   Pemenang dua pingat emas sukan SEA Indonesia pada November 2011,Nur Suryani mencatat sejarah sepagai penembak rifle wanita pertama layak bertanding di Olimpik pada Julai 2012 nanti,setelah berjaya meraih tiket dalam acara 10 m Air Rifle ketika Kejohanan Asia di Doha,Januari lepas.
   Nur Suryani juga menjadi atlet penembak pertama Malaysia memenangi pingat perak di Kejohanan World Shoot (Australia) 2011,emas di Sukan Komanwel 2010 (New Delhi) dan gangsa Sukan Asia 2010(Guangzhou).
  Sementara itu,juara badminton remaja dunia Zulfadli Zulkifli dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Remaja Terbaik 2011 manakala pasukan bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun yang memenangi emas sukan SEA Indonesia 2011 menerima Anugerah'Out do Yourself 100Plus'.
NAMA:NUR SYAZA SYAZWANI BINTI AZIZAN
TARIKH:1-4-2012

No comments:

Post a Comment