Sunday 1 April 2012

Messi Jaring Gol Ke-50 Peribadi

Penyerang sensasi Barcelona,Lionel Messi menggegar jaring lawan dengan menjaringkan gol ke-50 peribadinya untuk Barcelona musim ini. Rekod jaringan besar itu dicapainya dengan menjaringkan dua gol ketika Barcelona menewaskan Racing Santander 2-0 pada 12 Mac.
   Peminat Messi memang telah menjangka dia mudah mencapai jaringan peribadi ke-50,setelah dia mencatatkan gol ke-48 ketika Barcelona membenam Bayern Leverkusen 7-1 dalam saingan Liga Juara-Juara seminggu sebelum itu.
   Pada pertembungan itu,Messi menjaringkan lima gol dan menjafikannya pemain pertama Liga Juara-Juara untuk menjaring lima gol dalam satu perlawanan!
   Namun demikian walaupun Messi kini mengatasi Christiano Ronaldo,tetapi bintang Portugal itu masih pendahulu penjaring terbanyak La Liga (Liga Sepanyol) iaitu dengan 32 gol.Messi berada di tempat kedua dengan 30 gol.
Nama:Siti Hajar Farhana binti Mohamad Razif
Tarikh:1-4-2012

No comments:

Post a Comment