Sunday 1 April 2012

Chong Wei Cedera,Lin Dan Juara

CHONG WEI CEDERA,LIN DAN JUARA
Seluruh negara berduka apabila jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei,tidak dapat meneruskan perjuangan merebut gelaran juara All England untuk kali ketiga baru-baru ini akibat kecederaan.
    Kecederaan pada bahu kanannya memaksa Chong Wei menarik diri pada set kedua perlawanan final menentang bintang dari China Lin Dan yang berlangsung di Arena Tertutup Nasional Birmingham England pada awal pagi Isnin 12 Mac lepas.
Chong Wei sebenarnya telah berasa sakit di bahu kanannya sejak pagi Sabtu 10 Mac,sebelum menentang Lee Yun II pada separuh akhir,tetapi untuk tidak mengecewakan peminat,Chong Wei tetap beraksi pada final menentang Lin Dan.
    Pada pertarungan itu Chong Wei tewas 19-21 pada set pertama kepada Lin Dan.Chong Wei tetap beraksi pada final menentang Lin Dan.Chong Wei terpaksa menarik diri ketika ketinggalan 2-6 pada set kedua kerana tidak mampu untuk menahan kesakitan lagi.
    Penarikan diri Chong Wai menyaksikan Lin Dan menjadi juara All England untuk kali kelima.
    Sama-samalah kita berdoa agar Chong Wei sembuh daripada kecederaan sepenuhnya dan bertambah tangkas untuk bertarung di Olimpik London pada Julai depan.
NAMA:NUR SYAZA SYAZWANI BINTI AZIZAN
TARIKH:1-4-2012






























 








NAMA:NUR SYAZA SYAZWANI BINTI AZIZAN
TARIKH:1-4-2012

No comments:

Post a Comment