Sunday 1 April 2012

Kepentingan Setitik Darah

Kepentingan Setitik Darah
Dengar sahaja darah,mungkin ada di kalangan anda yang mula rasa ngilu atau takut.Tetapi tahukah anda,darah merupakan sel yang amat penting di dalam badan kita?Kali ini kita berkongsi pula maklumat tentang darah.
1.Darah terdiri daripada 45% sel dan 55% plasma.
2.Ketika dilahirkan,hanya ada kira-kira secawan darah saja dalam tubuh kita.
3.Darah membentuk 7% daripada berat badan manusia.
4.Sel darah merah membekalkan oksigen,manakala sel darah putih pula dibahagikan kepada beberapa tugas, seperti:(dalam/hasil kajian Korea)boleh didapati dalam Eksplorasi Tubuh Manusia Jilid 2
-Neutrofil:Memakan bakteria
-Eusonofil:Mengeluarkan enzim untuk membunuh parasit.
-Limfosit:Menghapuskan bakteria,toksin dan sel kanser
-Makrofaj:Memakan patogen(mikroorganisma) dan memberitahu sistem imun yang lain.
-Sel dendritik:Menganalisis antigen dan memaklumkan kepada limfosit.
5.Darah manusia dikategorikan kepada empat kumpulan darah iaitu A,B,AB dan O.Anjing mempunyai 4 kumpulan darah seperti manusia,kucing pula mempunyai 11 kumpulan tetapi lembu mempunyai 800 kumpulan darah!
6.Darah manusia berwarna merah kerana ia mengandungi zat besi,manakala darah ketam berwarna biru kerana ia mengandungi tembaga(kuprum).
7.Nanah sebenarnya berasal daripada sel limfosit(yang membentuk 65-75% peratus daripada darah putih)yang mati selepas membunuh kuman.
8.Satu pain darah yang anda dermakan cukup untuk menyelematkan tiga nyawa lain.
9.Susu lembu dicampur dengan darah adalah salah satu minuman kesukaan masyarakat Masai di Afrika.
10.Orang Moche(Peru),Scythia(Greek) dan nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan.
11.Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki,manakala perempuan dalam lingkungan 3.8 hingga 5.7 liter.
12.Pada tahun 1928,William Harvey(1578-1657)dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia.Namun sebenarnya ketika itu,saintis Eropah yang telah pun mengetahui bahawa saintis Islam bernama  Ibnu Nafis Ali bin Abi al-Hazamal-Quraisy(yang mengatakan peredaran darah dari jantung ke perut)telah menulis tentang perkara tersebut 300 tahun lebih awal daripada Harvey.
13.Menderma darah tidak akan menyebabkan anda mengalami aras darah rendah,malahan anda tetap memiliki darah surplus(tambahan) selepas menderma.
Nama:Siti Hajar Farhana binti Mohamad Razif
Tarikh:1-4-2012

No comments:

Post a Comment